Siakap Keli

Kerana Goreng Cucur, Penuntut Lelaki Didenda

Disebabkan menggoreng cucur (pakora) di dalam kawasan Universiti Jawaharlal Nehru, seorang penuntut institusi pengajian tinggi itu dikenakan denda sebanyak Rs 20,000 (RM1,180).

Penuntut itu, Manish Kumar Meena turut dinasihatkan untuk berpindah ke asrama lain dalam tempoh 10 hari.

Difahamkan, penuntut Pusat Bahasa India bersama empat rakannya telah memasak cucur di pekarangan universiti itu sebagai langkah memprotes kenyataan Perdana Menteri Narendra Modi yang memberi komen berkenaan cucur tersebut.

Mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kemudiannya duduk di tepi jalan dan mula menggoreng cucur itu.

Gambar pelajar yang menggoreng cucur dalam kawasan universiti

Bagaimanapun tindakannya membawa padah apabila ia mengundang kemarahan pihak universiti itu.

“Perdana menteri memberitahu rakyat supaya berniaga cucur bagaikan satu sindiran. Ia menyakitkan hati saya dan sebab itu saya bertindak membuat cucur bagi memprotes kenyataannya,” kata Manish.

Penuntut lelaki dari Rajasthan itu mengakui tertekan kerana bimbang gagal menyiapkan kertas kerja akhir akibat tindakan yang dikenakan ke atasnya itu.

Dia juga akan mendapatkan bantuan guaman berhubung denda yang dikenakan terhadapnya.

Dalam sisatan yang dijalankan oleh pihak universiti, Manish Kumar didapati telah menghalang laluan berhampiran perhentian bas Sabarmati pada 5 Februari lalu.

Selepas empat hari, satu lagi nota diserahkan kepadanya kerana tindakannya memasak cucur sayur itu.

“Saya terima kenyataan yang saya telah memasak cucur, tetapi pihak universiti tidak menyatakan dengan jelas bahawa cucur itu dimasak oleh saya, kerana tidak mahu menyebabkan perdana menteri berkecil hati,” katanya.

Tambah Manish, dia mempunyai hak untuk membantah dan tidak merosakkan harta awam. Dia juga mendakwa semua tindakan ini disengajakan untuk menimbulkan masalah kepada pelajar supaya mereka tidak dapat menyelesaikan penyelidikan dan kajian mereka.

Sumber : India Today

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.