Siakap Keli

(Video) Bapa ‘Superhero’ Selamatkan Anak Sepantas Kilat

Tindakan pantas seorang bapa yang beraksi lagak seorang ‘superhero’ dalam filem hollywood berjaya menyelamatkan dua anaknya dari dilanggar sebuah kereta.

Insiden itu berlaku di sebuah bengkel yang dikenali sebagai Selatan Jaya Motor, pada 22 Disember 2016 dan tular ke seluruh dunia pada tahun ini.

Lelaki itu dilihat sedang membaiki sebuah motosikal apabila sebuah kereta toyota meluncur laju dan hilang kawalan.

Dia pantas merangkul kedua-dua anaknya sedang bermain di situ dan berpusing seperti seorang pelagak ngeri.

Tiada kecederaan dilaporkan. Polis tiba di lokasi kejadian sejurus insiden itu untuk membuat siasatan.

Anwar Sutanto Chen yang menyiarkan rakaman itu berkata, lelaki berkenaan adalah pekerja bengkelnya. Malah, dia juga merupakan sahabat baik kepada lelaki itu.

https://www.youtube.com/watch?v=6im9_M_ruSE

Dalam insiden berlainan pada awal tahun ini, seorang lagi bapa berjaya menyelamatkan anaknya turut menjadi bualan di internet.

Menerusi kejadian di litar South Bosyon Speedway, Virginia, kereta yang dipandu seorang pelumba, Mike Jones hilang kawalan sebelum terbakar.

Mika terperangkap di dalam kenderaan yang terbakar selama 25 saat berjaya ditarik keluar oleh bapanya Dean.

Tidak menghiraukan keselamatan, Dean mendapat tepukan gemuruh daripada penonton atas keberaniannya itu.

Sumber : Unilad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.