Siakap Keli

(Video) Gerun, Rakaman Fenomena Sungai Lava Yang Mengalir Di Hawaii

Kepulauan Hawaii, destinasi pelancongan tropika popular dunia ketika ini terus berhadapan dengan bencana letusan gunung berapi ketika ini. Dalam beberapa rakaman video yang tular, Hawaii bertukar menjadi ‘sungai api’ apabila lava yang membuak-buak keluar daripada rekahan mengalir ke laut dengan membentuk laluan sepeti sungai.

Fenomena menakutkan tersebut berjaya dirakam beberapa stsesen televisyen antarbangsa antaranya CNN dan BBC. Bencana yang sedang menimpa pulau di bawah pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat ini sudah berlarutan sejak 3 Mei yang lalu lagi semenjak berlakunya letusan Gunung Kilauea.

Sejak daripada itu, lava terus mengalir dan merebak hampir ke seluruhan pulau tersebut dan merosakkan beberapa struktur. Antara struktur yang terjejas dan mengganggu aktiviti harian penduduk adalah jalan raya, hospital dan sekolah.

Keadaan semakin teruk sejak Jumaat lalu apabila runtuhan yang berlaku pada puncak gunung tersebut mebuatkan jumlah lava yang mengalir meningkat. Peningkatan aliran lava daripada Fissure 8 menyebabkan limpahan melepasi tebing di beberapa salurang sungai lava tersebut.

Selain bencana gempa gunung berapi, media turut melaporkan bahawa pulau tersebut turut dilanda beberapa siri gempa bumi sejak dua bulan lalu, sekali gus merumitkan lagi keadaan di sana. Setiap kali berlakunya gempa bumi, United State Geological Survey melaporkan bahawa berlaku runtuhan di beberapa bahagian gunung tersebut.

Letusan gunung berapi tersebut selain memuntahkan lava, ia turut melepaskan gas berbahaya ke udara antaran adalah gas sulfur dioksida dan partikel sulfur yang berbahaya kepada manusia. Gas tersebut yang bercampur dengan kelembapan udara menghasilkan debu yang mengehadkan penglihatan orang ramai.

Di bawah adalah rakaman video sungai lava Pulau Hawaii :

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RDalQKbn_Ko]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=82B0dllt97Y]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=jYotS6WA5Vk]

 

Sumber : Newsweek

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.