Siakap Keli

Minum Air Berkarbonat Sebabkan Lapar 6 Kali Lebih Tinggi Dari Air Kosong – Kajian

Minum air bergas mesti lagi sedap daripada minum air putih biasa.  Tambah pula cuaca panas terik, minum secawan lega sampai hujung tekak.  Segar sangat rasa.

via GIPHY

Tapi, disebalik kesegaran minuman ini, adakah sparkling water baik untuk kesihatan?

Air berkarbonat atau air gas ini sering dijadikan alternatif bagi mereka yang tidak gemarkan air putih sebagai rutin minuman seharian.

 

Pakar diet, Jennifer Mcdaniel dalam satu kenyataannya memberitahu bahawa pada dasarnya  air berkarbonat boleh menghidrasi sama seperti air biasa.

Air ini dibuat dengan larutan karbondioksida bertekanan tinggi. Pengkarbonatan menyebabkan air menjadi berbuih.  Pun begitu, proses ini tidak ada tambahan gula, kalori atau kafein.

via GIPHY

Tapi, kebanyakan minuman bergas hari ini telah ditambah dengan beberapa bahan lain seperti sodium, vitamin dan pemanis.  Jadi, penting untuk anda baca label kandungan sebelum minum.  Ini kerana, akan ada beberapa masalah kesihatan umum berkait rapat dengan minuman bergas.

Satu lagi kajian dibuat oleh pakar diet, Keri Glassman menyatakan bahawa pengambilan air bergas kosong tanpa gula tambahan atau perasa tidak mendatangkan sebarang masalah kesihatan.

via GIPHY

Para penyelidik telah mengkaji kesan air berkarbonat ini kepada 20 orang sukarelawan dan mendapati mereka yang meminum air itu mempunyai kadar hormon lapar 6x lebih tinggi berbanding mereka yang meminum air kosong.

Bagaimana ia boleh terjadi? Ini disebabkan hormon ghrelin yang dirembes daripada sistem pencernaan untuk memberitahu otak yang kita kelaparan.  Oleh kerana itulah, pengambilan air bergas dengan perasa tambahan boleh membawa penambahan berat badan berlebihan.

via GIPHY

Glassman dalam pada itu mencadangkan orang ramai untuk menambah bahan semula jadi seperti buah atau herba ke dalam air kosong sebagai memberi nutrien tambahan dan sekaligus menjadi alternatif bagi yang tidak gemarkan air kosong semata-mata.

Sumber: CNN Indonesia, Daily Mail

Nur Farra