Siakap Keli

IKEA Malaysia Lanjutkan Polisi Pemulangan Kepada 365 Hari

IKEA Malaysia melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari pada masa ini kepada 365 hari bagi memberikan pelanggan lebih banyak masa untuk menukar atau memulangkan barangan selepas pembelian.

Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.

Polisi pemulangan selama 365 hari yang baharu itu akan membolehkan pelanggan IKEA mendapat ruang lebih lama untuk membuat keputusan yang tepat bagi rumah mereka. Fleksibiliti ini bertujuan memberikan pengalaman membeli belah yang menggembirakan dan kurang tekanan.

“Zaman digital hari ini, dengan pelanggan mendapat banyak maklumat, kami perlu lebih proaktif menilai semula polisi sedia ada dalam memastikan ia memberikan pengalaman yang positif.

“Pada penghujung hari, kami ingin menyediakan pelanggan kami perjalanan yang terbaik di IKEA dan polisi pemulangan baharu kami ini adalah satu langkah ke arah itu,” kata Timbalan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Mike King, dalam satu kenyataan hari ini.

IKEA Malaysia adalah peruncit barangan hiasan rumah pertama memperkenalkan polisi pemulangan 365 hari untuk semua pelanggan mereka di sini.

Resit asal diperlukan untuk tujuan ini dan bayaran balik akan diproses sama seperti kaedah pembayaran. Bagaimanapun, pengecualian adalah terhadap barangan seperti peralatan tempat tidur yang sudah digunakan, tumbuh-tumbuhan, barangan yang ditempah mengikut spesifikasi dan barangan yang dibeli di rak pameran sedia ada, antaranya.

Untuk maklumat lanjut mengenai polisi penukaran dan pemulangan, sila rujuk IKEA.my/returnpolicy. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)