Siakap Keli

(Video) Bomoh Bertopeng ”Bumblebee” Mengaku Bunuh 675 Orang, Hidup Dengan Beratus-Ratus Hantu

Seorang pastor di Ghana dalam satu temubual mengaku terlibat dalam ritual berdarah dimana dia pernah membunuh lebih 600 orang, kebanyakkan kanak-kanak yang diserahkan kepadanya sebagai korban.

Dia mendakwa bahawa korban manusia itu diserahkan kepadanya oleh para doktor dan jururawat yang mengamalkan ritual penyembahan syaitan.

Pastor tersebut yang enggan mendedahkan identitinya, hadir ke sebuah rancangan televisyen dengan memakai topeng turut mengakui bahawa dia sudah menghabiskan masa selama 17 tahun berdamping dengan mahkluk halus.

Di dalam pengakuannya tersebut, pastor tersebut mendakwa bahawa dia telah membunuh 675 orang termasuk kanak-kanak yang diserahkan kepadanya sebagai korban oleh sebuah kumpulan kultus profesyen perubatan tersebut.

Media tersebut bagaimanapun tidak menyebut sama ada dakwaan yang dibuat oleh pastor tersebut telah disiasat oleh polis selain tidak menjelaskan bila dan dimana kesemua jenayah tersebut berlaku.

Pastor tersebut, yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an, mendakwa dia dilahirkan ke dunia ini dengan ilmu hitam dan pernah pada satu ketika ‘membela’ lebih daripada 650 jenis makhluk halus, yang sesetengahnya telah diberikan nama olehnya.

Bagi meastikan ‘kuasa’ yang dimilikinya kekal, pastor tersebut mengakui bahawa dia terpaksa melaksanakan ritual berdarah tersebut, namun mengakui kini dia tidak lagi tinggal bersama-sama ‘kerajaan syaitan’ tersebut.

Rakaman dimana dia membuat pengakuan mengejutkan tersebut disiarkan di stsesen televisyen di Ghana, dengan laporan mengatakan ia telah dipilih dahulu sebelum dibenarkan untuk disiar kepada umum.

Lelaki tersebut yang sebelum ini digelar sebagai pastor palsu dikatakan menggunakan ilmu hitam bagi menipu semua pengikutnya. Dia juga didakwa membuat pengakuan sedemikian kerana ingin mendapatkan wang. Pastor tersebut bagaimanapun menafikannya dengan mendakwa sudah memiliki kekayaan hasil peninggalan mendiang ayahnya.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=WT4sn6yL1LE]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.