Siakap Keli

”Maafkan Kami Hero”, Keldai Mati Jadi Belasahan Pengundi Fanatik Yang Marahkan Ahli Politik

Setiap kali tibanya musim pilihanraya, bahang pertembungan antara parti-parti politik yang bertanding sememangnya dapat dirasai di mana-mana sahaja. Penyokong parti A dan penyokong parti B pasti berusaha sehabis baik untuk memenangkan parti yang disokong, pelbagai kaedah dan bahan kempen digunakan untuk menghangatkan suasana pilihan raya. Bendera, poster, baju dan replika-replika dibina dimana-mana sahaja untuk menghangatkan suasana.

Tetapi siapa sangka, di luar negara, tepatnya di Pakistan, pilihan raya dan kemarahan kepada ahli politik sebenarnya turut melibatkan makhluk lain yang langsung tiada kepentingan dalam sistem demokrasi negara tersebut.

Tapi hakikatnya, itulah yang terjadi kepada seekor keldai, Hero, yang digunakan sebagai bahan kempen oleh segelintir pengundi di sana. Keldai tersebut akhirnya mati setelah berhari-hari dipukul dan diseksa sebagai cara pengundi disana melepaskan perasaan geram dan kemarahan kepada ahli-ahli politik mereka.

Kes tersebut mula mendapat perhatian netizen apabila ia dibangkitkan oleh sebuah pertubahan hak asasi binatang, Ayesha Chundrigar Foundation (ACF) yang berpangkalan di Karachi. Keldai tersebut yang sudah tidak berdaya dan cedera parah dikatakan diserahkan kepada pertubuhan tersebut pada 16 Julai lepas untuk dirawat dilaporkan mati pada 23 Julai.

Menurut laporan ACF, ketika Hero dihantar kepada mereka, badan binatang tersebut diconteng dengan nama-nama parti politik dan Hero digunakan sebagai objek untuk pengundi-pengundi melepaskan kemarahan kepada segelintir ahli politik, terutamanya daripada parti lawan yang tidak disokong mereka.

”Hero baru sahaja mati. Ia sesuatu yang sangat memalukan dan kami merasa sedih kerana tidak dapat memabntu mengurangkan kekejaman manusia terhadap binatang. Manusia harus dipersalahkan kerana gagal untuk meningkatkan kesedaran, mengabaikan dan menyeksa haiwan-haiwan seperti ini.

”Manusia harus mula berfikir dan sudah tentu tidak bertindak seperti ini. Tidak ada haiwan lain yang perlu melalui penderitaan seperti yang Hero lalui,” kata ACF melalui kemas kini di Facebook.

”Terima kasih ACF. Hero bernasib malang kerana lahir dalam masyarakat berperangai seperti raksasa. Namun pada masa sama bertuah kerana bertemu dengan anda yang sangat baik di penghujung nyawanya,” kata Ayene Wafa.

Perkara yang sama juga dibangkitkan oleh pengguna-pengguna Twitter yang turut menyelar tindakan zalim penyokong-penyokong parti politik di sana selepas AFC sebelum ini menggunakan platform tersebut secara konsisten untuk berkongsi perkembangan Hero.

”Apa yang boleh kita harapkan daripada manusia? Haiwan juga berhak menerima layanan yang baik, sama seperti manusia,” kata seorang pengguna dengan nama Jessica.

”Hari ini, saya merasa malu untuk digelar sebagi manusia. Memukul haiwan tidak menjadikan anda seorang yang patritik dan berharap sebuah kerajaan Pakistan baru,” kata Rebika Raj pula.

Melalui Twitter antara momen-momen yang sempat dikongsi oleh ACF adalah keadaan fizikal Hero bermula daripada saat Hero dihantar ke pertubuhan tersebut sehinggalah harinya mati.

Hero dikarakan berada dalam keadaan sangat daif dengan kesan luka pada badan dan mata, kaki yang cedera sehingga tidak boleh berdiri serta kurus kering. Malah Hero dikatakan memerlukan masa beberapa hari sebelum mampu untuk berdiri semula.

Sehinggalah 23 jam yang lalu, ACF berkongsi khabar sedih bahawa Hero tidak lagi mampu menahan penderitaan akibat tangan-tangan manusia yang zalim.

Sumber : Gulf News Pakistan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.