Siakap Keli

Terkeluar Dari Rahim Ketika Ibu Kemalangan Dan Tercampak Atas Rumput, Bayi ‘Ajaib’ Ini Terselamat

Ajaib apabila seorang bayi terselamat selepas terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak di atas rumput akibat kemalangan jalan raya yang mengerikan.

Ibu bayi tersebut merupakan seorang penumpang dalam sebuah trak membawa muatan papan kayu yang terlibat kemalangan dekat Cajati, tenggara Brazil.

Menurut laporan, pemandu hilang kawalan lantas menyebabkan mangsa tercampak keluar sebelum dihempap oleh muatan trak yang mengakibatkan perutnya terkoyak.

Gambar : Arteris

Pasukan kecemasan menjumpai mayat wanita hamil itu di bawah timbunan papan kayu di atas jalan raya.

Walau bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi yang ditemui terbaring di atas rumput beberapa meter dari lokasi insiden.

Bayi itu yang tali pusatnya terputus impak daripada kemalangan itu dilaporkan sihat tanpa sebarang kesan calar.

Dia kini sedang dirawat di sebuah hospital dekat daerah Pariquera-Acu.

Polis sedang berusaha mengenal pasti identiti ibu bayi tersebut yang didapati hamil 39 minggu dengan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Credit: Arteris

“Ia adalah kemalangan ngeri dengan seorang dilaporkan maut.

“Apabila saya tiba di sana, saya lihat pemandu trak cedera parah.

“Saya kemudian mencari mangsa lain di bawah timbunan papan kayu sebelum terdengar bunyi tangisan bayi.

“Saya amat terkejut kerana tiada laporan mengatakan ada mangsa ketiga,” kata jurucakap paramedik, Elton Fernando Barbosa.

Credit: Arteris

Dia menjumpai bayi tersebut beberapa meter dari ibunya dan segera menghubungi ambulans supaya membawanya ke hospital.

“Bayi ini terkeluar dari rahim ibunya akibat kemalangan tersebut. Impak kemalangan itu amat serius sehingga bayi ini boleh terkeluar sendiri dari rahim ibunya.

“Dia sempurna, sihat tanpa kesan kesan calar. Ia satu keajaiban bahawa bayi ini boleh terselamat.

“Semuanya disebabkan kuasa Tuhan. Melihat dari kemalangan itu, saya tiada idea bagaimana bayi ini boleh keluar dengan selamat semasa kemalangan tersebut sedangkan ibunya cedera teruk” katanya.

Sumber : metro.co.uk

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.