Siakap Keli

(Video)Sedar Atau Tidak, Ini 5 Amarah Bencana Alam Berlaku Kebelakangan Ini Di Serata Dunia

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai fenomena alam yang berlaku di kawasan ibu kota dan beberapa tempat di Selangor. Fenomena-fenomena yang disebut-sebut itu adalah bunyi detuman guruh yang kuat dan bertahan dalam tempoh yang agak lama selain pancaran kilat di pucak Menara Berkembar Petronas.

Bahkan di Malaysia ketika ini, terutamanya beberapa tempat misalnya di Sarawak ketika ini dilanja banjir akibat hujan lebat yang berterusan yang turut diramal berlaku dibeberapa buah negeri yang lain. Selain di Malaysia ketika ini yang turut berhadapan dengan wabak penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), terdapat beberapa negara lain yang ketika ini turut atau baru sahaja dilanda bencana alam.

Ini 5 bencana alam yang melanda dunia kebelakangan ini, sama ada anda sedar atau tidak :

1. Gempa Bumi (Indonesia)

Kejadian gempa bumi di Lombok ini baru sahaja terjadi pada Ahad lalu, yang meragut beberapa nyawa termasuklah salah seorangnya adalah rakyat Malaysia yang bercuti di sana.

Gempa bumi berkekuatan 6.4 skala richter itu walapaun bukan yang paling kuat pernah melanda Indonesia, namun kesannya kepada penduduk tempatan di Lombok dan kawasan sekitar nyata teruk dengan keseluruhan seramai 16 orang terkorban.

Selain meragut nyawa, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) yang mengesahkan gempa bumi itu yang berpusat 28km Barat Laut Lombok Timur pada kedalaman 10 kilometer turut menyebabkan berlaku kerosakkan pada infrastruktur sekaligus memberi kesan kepada aktiviti harian penduduk setempat.

2. Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh (Jepun, Myanmar dan India)

Jepun ketika ini baru sahaja pulih daripada bencana banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di negara itu. Keseluruhannya, dilaporkan sekurang-kurangnya 210 orang terkorban.

Seramai 64,000 anggota pasukan penyelamat dikerahkan oleh kerajaan Jepun bagi memindah mangsa yang terperangkap dan mencari mangsa-mangsa yang hilang.

Ketika ini, Jepun dilanda Taufan Jongdari bahagian barat dan tengah Jepun sehingga Isnin yang menyebabkan hujan lebat dan ribut petir melanda bertrusan. Tiada kehilangan nyawa dilaporkan bagaimanapaun sebanyak 150 ribu kediaman terputus bekalan elektrik.

Di Myanmar pula, musim monsoon yang melanda negara itu menyababkan hujan lebat sekaligus berlaku kejadian banjir sehingga kini telah pun meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa.

Arahan pemindahan telah pun dikeluarkan di beberapa kawasan seperti Bago, Karen, Mon dan Taninthari membabitkan lebih 150 ribu orang mangsa.

Manakala di India, banjir yang melanda kawasan timur laut di wilayah Assam telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa serta memaksa sekurang-kurangnya 60 ribu penduduk berpindah.

3. Kemarau Dan Suhu Panas (Jepun dan Eropah)

Ketika Jepun baru sahaja berkira-kira mahu pulih daripada bencana banjir dan tanah runtuh, datang lagi satu bencana apabila negara itu tiba-tiba diserang gelombang haba panas yang membunuh sekurang-kurangnya 8 orang dengan beribu-ribu lagi mendapatkan rawatan di hospital akibat strok haba dan kepanasan.

Dikatakan, di beberapa bahagian Jepun, suhu panas mencecah sehingga 38.8 darjah celcius di Ibigawa, Gifu serta Kurashiki City di Okayama dan Asakita Ward di Hiroshima.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=W4X-GNLS7WI]

 

Di United Kingdom, suhu panas mencecah sehingga 34.4 darjah celcius, antara tertinggi dalam sejarah serta beberapa bandar utama di serata Eropah.

Para petani turut menyatakan kebimbangan hasil tanaman mereka boleh terjejas sekiranya suhu panas itu berterusan. Pihak berkuasa turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

Manakala di Jerman, petani-petani di sana berhadapan dengan cuaca kemarau dengan sesetangah petani mendakwa mereka kehilangan hampir 30 peratus hasil tanaman mereka akibat bencana itu.

Malah, mereka turut mendesak kerajaan menyediakan dana bernilai RM 5.5 juta bagi membantu golongan petani yang kehilangan hasil tanaman tersebut.

4. Kebakaran Hutan (Amerika Syarikat dan Greek)

Sehingga Khamis, dilaporkan sebanyak 18 kejadian kebakaran hutan berlaku di Amerika Syarikat. Ketika ini, beberapa negara turut menghantar anggota bomba ke sana antaranya Australia dan New Zealand bagi membantu pihak berkuasa tempatan.

Kebakaran yang melanda di kawasan California dikatakan telah pun memusnahkan kawasan seluas 126,913 ekar. Sehingga kini, sebanyak 6 orang dilaporkan sudahpun terkorban termasuk dua anggota bomba dan memusnahkan sebanyak 1,555 struktur binaan manusia.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ovo60LMu95U]

 

Manakala di Greek pula, kebakaran yang melanda di beberapa bahagian pantai negara itu telah meragut sekurang-kurangnya 91 nyawa termasuklah berdozen-dozen yang ditemui mati akibat terperangkap dalam kereta masing-masing di atas jalan raya ketika cuba melarikan diri.

5. Letusan Gunung Berapi (Hawaii)

Kepulauan Hawaii yang terkenal sebagai destinasi pelancongan tropika ketika ini sedang dilanca bencana letusan gunung berapi Kilauea yang telah menyebabkan lava mengalir keluar daripada beberapa rekahan. Sehingga kini, dikatakan sebanyak 24 rekahan ditemui di seluruh kepulauan tersebut.

Menurut laporan media antarabangsa, bencana tersebut telahpun menyebabkan kawasan seluas 585 ekar sudah pun dipenuhi dengan lava akibat letusan yang bermula sejak 3 Mei lalu.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=31xL5StqHYw]

 

Sumber : Dailymail, Asian News Channel, Los Angeles Times, BBC, The Washington Post, Express UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.