Siakap Keli

Tidak Mahu Anak Perempuan Lagi, Ibu Ini Sanggup Bunuh Bayinya Yang Baru Lahir

Hanya kerana jantina anak, seorang wanita di India nekad membunuh bayi perempuannya yang baru saja dilahirkan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, suspek, Reeta Devi, sering bertengkar dengan suaminya mengenai dua anak perempuan mereka yang lain sebelum kelahiran anak ketiga ini.

“Oleh itu, dia tidak lagi mahu anak perempuan. Polis telah mendaftarkan ia sebagai kes bunuh selepas laporan autopsi menunjukkan bayi tersebut telah dicekik hingga mati.

“Devi telah ditangkap selepas tiada bukti menunjukkan suaminya, Asharfi Mahto melakukan perbuatan itu,” jelas Timbalan Pesuruhjaya Polis, Vijay Kumar.

Sebelumnya, wanita berusia 32 tahun ini melahirkan anak ketiganya kira-kira pukul 3.50 pagi di sebuah hospital di Montinagar, Ahad lalu.

Bagaimanapun, bayi yang dilahirkan dalam keadaaan sihat itu didapati sudah tidak bernyawa lagi selepas dua jam kemudian dengan kesan hitam pada hidungnya.

“Doktor mendapati kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat ketika pemeriksaan dilakukan pada pukul 7 pagi.

“Namun dua jam selepas itu, Devi mendakwa bayinya tidak lagi bergerak dan doktor mendapati terdapat kesan hitam pada hidung dan bibir bayi terbabit sebelum mengesahkan ia sudah meninggal dunia,”ujar pegawai polis itu lagi.

Berikutan insiden itu, doktor segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki bayi terbabit dibunuh oleh ibunya ketika mereka ditinggalkan bersendirian.

Sumber- Hindustantimes

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar