Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalau anda suka bermain aplikasi permainan Pokemon Go, atuk ini mungkin dapat menandingi kecintaan anda pada permainan itu.
Manakan tidak, Chen San-yuan, 70, menggunakan sebanyak 11 telefon pintar bagi menangkap haiwan Pokemon tersebut.

Gambar yang menunjukkan dia berada di kawasan taman di bandar New Taipei City, Taiwan dengan pemandangan luar biasa itu menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan Metro UK, warga emas itu memasang kesemua telefon pintar itu ke basikalnya yang dilengkapi dengan caj bateri dan menghabiskan masa terluangnya untuk menangkap Pokemon di jalan atau di taman.

Chen terlalu menggemari aplikasi permainan tersebut dan kadangkala dia tidak pulang ke rumah sehingga pukul 4 pagi.
Tapi 11 telefon pintar itu nampaknya belum cukup lagi. Dia yang dikenali sebagai ‘Pak Cik Pokemon’ mahu menambah telefon pintarnya kepada 15 buah.

Itu bermakna, dia sanggup membayar lebih bil telefon bagi memenuhi hobinya di mana kini sudah pun mencecah £1,165 (RM6,108) sebulan.Namun, Chen menganggap ia sebagai pelaburan yang berbaloi kerana dia percaya permainan itu membantunya mengurangkan penyakit Alzheimer yang dihidapinya.
Sumber : Metro UK