Siakap Keli

(Video) Pesawat Komersial Dirampas, Amerika Hantar Jet Pejuang Tempur F-15 Kejar Sebelum Terhempas

Seorang pekerja di sebuah lapangan terbang bertindak membunuh diri dengan merampas pesawat komersial yang tidak mempunyai penumpang dari Lapangan Tebang Seattle-Tacoma sebelum terhempas di sebuah pulau sejauh 25 batu selepas dikejar oleh pesawat tempur f-15.

Pesawat Horizon Air yang mempunyai 76 tempat duduk itu berlepas kira-kira pukul 8 malam dari landasan.

Beberapa minit kemudian, dua jet pejuang tempur F-15 mengejar pesawat itu bagi memintasnya, menurut laporan pejabat Sheriff Pierce County.

Saksi berkata, pesawat itu membuat pusingan bulatan menegak di udara ketika pesawat tentera mengarahkannya keluar dari kawasan yang penuh dengan penduduk sebelum terhempas dan meletup dan terbakar di Pulau Ketron.

Semasa pesawat berada di udara, terdengar juruterbang itu memberitahu pengawal trafik bahawa dia hanya ‘seorang lelaki yang kecewa’ dan bersedia untuk dipenjarakan seumur hidup.

Menurut polis, pesawat itu terhempas disebabkan aksi berbahaya yang dilakukan di udara dengan kekurangan kemahiran menerbangkan pesawat.

https://www.youtube.com/watch?v=-Pacg4Da51o

Juruterbang yang berusia 29 tahun itu difahamkan merupakan seorang mekanik dari Pierce County, Washington yang bertindak sendirian bagi membunuh dirinya.

Lelaki yang tidak dinamakan, digelar sebagai ‘Rich’ oleh pengawal trafik udara.

Sheriff Paul Pastor mengesahkan kejadian itu tidak berkaitan dengan unsur pengganas.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.