Siakap Keli

Gerun, Ini 10 Hukuman Buat Penjenayah Paling Kejam Dalam Sejarah Manusia

Kebelakangan ini kerap kali kita melihat media melaporkan pelbagai kes jenayah yang berlaku sama ada di luar atau di dalam negara. Kadang kala- ada jenayah yang dilakukan ini memang di luar batas pemikiran kita. Ayah merogol atau meliwat anak sendiri, anak membunuh ibu atau ayahnya, atau kes-kes bayi kecil yang didera sehingga meninggal dunia. Itu belum lagi diambil kira kes-kes melibatkan penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas.

Hukuman yang kita biasa dengar acapkali seseorang itu sekiranya didapati bersalah dengan sesuatu jenayah adalah hukuman denda, penjara, sebat ataupun hukuman gantung. Ketika jenayah terus berkembang, hukuman pula dilihat statik dan tidak berubah sejak sekian lama. Sehinggakan ada yang berpendapat bahawa hukuman-hukuman ini tidak lagi setimpal dengan jenayah yang dilakukan dan penjenayah-penjenayah hari ini tidak gentar dengan sesuatu hukuman.

Jadi ini kami senaraikan 10 hukuman mungkin paling kejam pernah dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan, yang kami fikir boleh buatkan sesiapa sahaja berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu jenayah.

10. Death By Thousand Cuts (Ling Chi)

Death By Thousand Cuts atau Mati Akibat Beribu Potongan ini berasal daripada sebuah kerajaan di China. Malah, hukuman ini dikatakan antara hukuman paling kejam pernah dilaksanakan, dan dikatakan ia diamalkan secara meluas antara tahun 900, sehinggalah ia diharamkan pada tahun 1905.

Hukuman ini dikenakan ke atas jenayah-jenayah berat seperti pengkhianatan kepada negara dan pembunuhan saudara sendiri. Sesuai dengan nama jenayah itu sendiri, semua pesalah akan diikat pada satu batang tiang sebelum dagingnya dipotong sedikit demi sedikit menggunakan pisau, untuk jangka masa yang lama. Biasanya, jika pesalah tersebut adalah wanita, hukuman bermula dengan memotong payu daranya terlebih dahulu.

Seterusnya, satu persatu anggota badan dipotong bermula daripada telinga, hidung, tangan dan turun kebawah. Hukuman ini biasanya berjalan selama 10 hingga 20 minit sebelum pesalah ditikam dibahagian jantung dan mati. Sesetengah penjenayah diberi candu atau ganja, sebagai belas kasihan kepada mereka.

9. Gergaji Tubuh

Menggergaji tubuh penjenayah yang diikat secara sonsang, sememangnya adalah satu hukuman yang sangat zalim dan hukuman ini diamalkan dalam tamadun zaman Medievel di Eropah.

Semasa hukuman ini dijalankan, pesalah-pesalah ini digantungkan secara sonsang dengan kakinya dibuka luas dan diikat dengan menggunakan tali yang ditarik melintangi sebatang tiang.

Kemudian, pesalah sama ada lelaki mahupun perempuan akan digergaji hidup-hidup bermula daripada celah kangkangnya sehinggalah terputus dua. Walaupun kebanyakkan pesalah digergaji sehingga terpisah dua, ada juga pesalah yang hanya digergaji separuh sahaja sebagai satu bentuk penyesakan ekstrem.

Takkan tak mati lagi masa digergaji hidup-hidup? Menurut pakar, disebabkan pesalah digantung secara sonsang, maka otak pesalah mendapat aliran darah secukupnya bagi membolehkan pesalah kekal bernyawa semasa hukuman tersebut dilaksanakan.

Di China, hukuman sebegini turut dilaksanakan namun dengan versi yang sedikit berbeza. Berbanding menggergaji tubuh secara sonsang, di China mereka mengergaji tubuh manusia daripada bahagian atas, yakni kepala turun ke bawah.

8. Penyaliban

Penyaliban adalah salah satu bentuk hukuman purba yang diketahui manusia dimana tangan dan kaki pesalah akan dipaku pada bahagian batang kayu, berbentuk salib. Penyaliban adalah satu hukuman paling berat yang biasanya dikenakan ke atas golongan hamba, pengkhianat, dan lain-lain jenayah yang dianggap paling kejam. Hukuman ini dilaksanakan secara meluas di era pemerintahan Alexander The Great.

Terdapat pelbagai cara yang perlu seseorang penjenayah itu lalui ketika menerima hukuman penyaliban. Ada penjenayah yang tanganya dipaku pada tiang salib dan dipaksa mengusung tiang salib tersebut, yang beratnya boleh mencecah sehingga 45 kilogram.

Selain itu, ada juga penjenayah dimana tangan dan kakinya akan dipaku di tiang salib yang didirikan di atas satu platform, biasanya untuk tatapan orang ramai. Penjenayah-penjenayah ini biasanya meninggal dunia kemudian akibat kepenatan ataupun serangan jantung.

7. Didihkan Di Dalam Air Menggelegak

Melalui hukuman ini, pesalah biasanya diarahkan untuk menanggalkan kesemua pakaiannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam air yang sedang mendidih, atau air sejuk dan dipanaskan secara perlahan-lahan. Ada kalanya, sang algojo yang menjalankan hukuman tersebut mengikat pesalah pada satu tali. Sang algojo ini akan mengawal tali itu, sama ada pesalah diturunkan ke dalam air panas atau ditarik naik balik, sebagai satu bentuk penyeksaan.

Cecair yang didihkan juga boleh menjadi cecair yang berbeza-beza, antaranya air, minyak, tar, asid, lilin ataupun plumbum lebur. Walaupun pelaksanaan hukuman ini tidak sekerap lain-lain hukuman, namaun hukuman ini pernah diamalkan oleh beberapa kerajaan di Eropah dan Asia.

Ketika pemerintahan Raja Henry VIII, beliau melaksanakan hukuman yang sedikit berbeza di mana para pesalah ‘digoreng’ di atas satu kuali besar. Kuali tersebut diisi dengan sama ada air, minyak ataupun plumbum lebur. Pesalah biasanya mati akibat mengalami kulit yang melecur, isi yang masak, tisu lemak yang rosak dan akhirnya merosakkan organ-organ dalaman.

6. Roda Chaterine

Roda Chaterine juga dikenali sebagai Roda Pemecah lebih kepada alat penyeksaan berbanding alat hukuman. Tangan dan kaki pesalah-pesalah biasanya diikat pada bahagian tepi roda dengan keadaan badan terbuka. Roda itu kemudian secara perlahan-lahan diputar sebelum sang algojo melaksanakan hukuman pukul dengan memukul anggota-anggota badan pesalah.

Alat yang digunakan untuk memukul pesalah itu biasanya adalah kayu dan tukul besi yang mana mampu mematahkan hampir keseluruhan tulang-tulang pesalah. Selepas tamat proses hukuman tersebut, tangan dan kaki pesalah dimana tulangnya telah hancur kemudian dijalin pada bahagian tepi roda tersebut.

Sekiranya hukuman yang diberikan itu turut merangkumi hukuman belas kasihan, nyawa pesalah biasanya ditamatkan secepat mungkin sebaik sahaja hukuman pukul berakhir. Satu pukulan sangat kuat akan dikenakan pada bahagian dada pesalah, sekaligus meragut nyawa pesalah tersebut.

Selepas selesai semua hukuman, roda itu kemudian ditinggalkan di tempat lapang, dimana burung pembakai akan menjamah daging-daging pesalah tersebut. Ada ketikanya, pesalah-pesalah ini masih lagi hidup ketika menjadi santapan burung-burung pembakai tersebut.

5. Penyulaan

Hukuman penyulaan adalah antara hukuman yang paling mengerikan yang pernah dilaksanakan di Eropah ketika Zaman Pertengahan.  Pesalah-pesalah biasanya dipaksa duduk di atas satu batang kayu yang sudahpun diruncingkan di bahagian atas.

Pesalah-pesalah ini kemudian secara perlahan-lahan menggelongsor turun melalui batang kayu tersebut. Bahagian hujung atas kayu yang tajam itu secara perlahan-lahan akan melalui tubuh badan pesalah bermula daripada bahagian dubur, masuk ke bahagian perut, melalui saluran pernafasan sebelum keluar di bahagian mulut.

Bergantung kepada berat pesalah, hukuman ini ada kalanya mengambil masa sehingga tiga hari untuk diselesaikan, di mana pesalah melalui azab penyesakaan secara perlahan-lahan dan kemudian mati.

Hukuman ini dikatakan diamalkan secara meluas pada kurun ke-15 di Romania oleh pemerintahnya, Vlad Dracula ataupun Vlad the Impaler. Vlad dikatakan telah mengarahkan sehingga 80,000 pesalah dikenakan hukuman ini dan beliau dikatakan sangat menyukai hukuman tersebut sehingga mampu menikmati juadah makanan setiap kali melihat hukuman itu dilaksanakan.

4. Menyiat Kulit

Proses menyiat kulit pesalah secara hidup-hidup ini diamalkan secara meluas dalam kerajaan Aztec di Mexico suatu ketika dahulu. Hukuman ini biasanya dikenakan ke atas askar-askar musuh yang berjaya ditawan dalam peperangan. Hukuman ini juga biasanya dilaksanakan keatas pesalah-pesalah yang dipilih sebagai korban manusia dalam ritual ke agamaan orang-orang Aztec.

Terdapat juga dakwaan bahawa hukuman ini turut dilaksanakan oleh kerajaan purba Assyria, dimana ia dikenakan ke atas ketua-ketua kerajaan musuh yang berjaya ditumpaskan. Kulit pesalah kemudian dipaku pada satu dinding yang boleh dilihat oleh semua orang sebagai satu bentuk amaran bagi menggentarkan mana-mana musuh yang berhajat untuk menyerang kerajaan tersebut.

Pesalah-pesalah ini biasanya diikat sebelum kulitnya mula di siat bermula daripada bahagian kepala. Hukuman ini dijalankan dengan penuh ketelitian bagai mengelak daripada kulit pesalah yang disiat rosak. Ada juga pesalah yang dilayur diatas api terlebih dahulu sebelum kulitnya dikikis.

3. Penyeksaan Tikus

Hukuman penyeksaan menggunakan tikus ini dikatakan berasal daripada kerajaan zaman medieval di China. Malah, ia dikatakan sebagai hukuman paling menakutkan pernah dicipta manusia.

Untuk permulaan, kawanan-kawanan tikus ini diletakkan di dalam satu bekas tertutup, seperti mangkuk, sebelum ditekup di atas badan pesalah. Kemudia, pelaksana hukuman akan meletakkan ketula-ketulan arang batu yang panas di atas bahagian mangkuk tersebut, bagi membuatkan tikus-tikus tersebut panik.

Tikus-tikus yang panik akan mencari jalan untuk keluar, satu-satunya cara adalah menggali perut mangsa disebabkan permukaan yang lembut berbanding mangkuk tadi yang dihasilkan menggunakan besi.

Dikatakan hanya segelintir pesalah sahaja yang terselamat selepas menjalai hukuman ini. Kebanyakkan pesalah mati akibat pendarahan teruk atau jangkitan kuman pada luka akibat gigitan tikus itu tadi.

2. Lembu Tembaga

Hukuman ini dicipta ketika era kerajaan Athens pada tahun 560 BC. Patung lembu ini dibina menggunakan tembaga, dengan bahagian badannya disediakan satu ruang kurungan. Pesalah-pesalah akan dimasukan ke dalam kurungan tersebut sebelum patung lembu tembaka itu dibakar.

Pesalah biasanya mati akibat pendedahan melampau kepada haba panas yang tinggi, hingga ada ketikanya isi-isi pesalah terlerai daripada tulang. Tulang-tulang ini kemudian diambil dan dibentuk menjadi barang perhiasan yang boleh ditemui di pasar-pasar di Athens ketika itu.

Di bahagian kepala lembu ini, dibina satu saluran yang berhubung terus dengan bahagian perut tempat kurungan pesalah. Bunyi jeritan yang keluar melalui saluran ini ketika diseksa dikatakan sangat mengerikan dan boleh didengar oleh orang ramai.

Menurut sejarah, hukuman ini dicadangkan oleh seorang tukang besi, Perilaus yang mencipta lembu tembaga kepada pemerintah tyrani Athens ketika itu,  Phalaris. Namun, pada Phalaris sendiri, hukuman tersebut adalah berlebihan dan mengarahkan Perilaus menjadi pesalah pertama yang dijatuhkan dengan hukuman tersebut.

Malangnya, Phalaris sendiri turut menjadi mangsa hukuman ini apabila musuhnyanya, Telemachus berjaya menjatuhkan beliau daripada takhta pada tahun 570 BC.

1. The Boat

The Boat atau scaphism adalah hukuman paling kejam pernah dicipta oleh manusia, dan hukuman ini dilaksanakan secara meluas era kerajaan Persia. Pesalah-pesalah, biasanya berkelompok dikurung dalam satu sangkar sempit, dimana kaki, tangan dan kepala pesalah terkeluar daripada sangkar tersebut yang diletakkan di atas bot.

Pesalah-pesalah ini dikatakan dipaksa meminum madu dan susu dengan jumlah yang banyak untuk membolehkan pesalah-pesalah ini merasa haus dengan cepat. Malah, madu dan susu turut dituang pada bahagian tubuh pesalah-pesalah terutama di bahagian ruang yang terbuka seperti hidung dan telinga.

Bot-bot yang membawa pesalah ini kemudian dibiarkan terapung-apung di kawasan tasik terbiar. Disebabkan tubuh pesalah-pesalah ini dituang dengan madu, maka banyaklah serangga yang mengerumuni pesalah-pesalah ini dan ada diantara serangga-serangga ini bertelur pada bahagian tubuh terbuka pesalah-pesalah.

Sebaik sahaja pesalah-pesalah ini kelihatan makin lemah, mereka akan di beri makan berulang kali untuk membolehkan hukuman ini dilaksanakan selama mungkin, ada kalanya sehingga berminggu-minggu. Mangsa yang biasanya akan mati dalam jangka mangsa tertentu akibat kombinasi pelbagai punca, antara akibat jangkitan kuman dan sebagainya.

Jadi, itulah mungkin 10 hukuman paling zalim pernah dikenakan ke atas penjenayah. Anda sanggup sekiranya hukuman-hukuman ini dilaksanakan semula di era moden ini?

Sumber : History Rundown

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di