Siakap Keli

Hospital Di Taipei Terbakar, Sembilan Maut Dan 15 Orang Cedera

TAIPEI- Kebakaran yang berlaku di sebuah hospital di New Taipei City, Isnin lalu mengakibatkan sembilan orang maut manakala 15 yang lain cedera.

Menurut laporan berita tempatan, 11 orang daripada mangsa yang cedera mengalami kecederaan parah.

Kebakaran tersebut dipercayai bermula di tingkat tujuh di hospital itu pada pukul 4.30 pagi.

Jelas seorang anggota bomba yang dikenal sebagai Chen, pada waktu kejadian, seramai 32 pesakit sedang dirawat di tingkat tujuh hospital tersebut.

“Ketika anggota bomba tiba di lokasi kejadian api sedang marak di seluruh kawasan wad dan dipenuhi asap tebal,” ujar Chen.

Pekerja hospital turut membantu kerja-kerja menyelamat dengan membawa pesakit ke tingkat atas sebelum diselamatkan anggota bomba menggunakan kren.

Mangsa yang terlebih terdiri daripada pesakit dan kakitangan hospital

Kira-kira 208 anggota  dan 76 jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 5.27 pagi dan punca kejadian sedang disiasat.

Sumber- CNN

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar