Siakap Keli

(Video) Pelajar Bunuh Diri Dari Tingkat 5 Sekolah, Tak Tahan Diejek Gemuk

Rakaman video seorang pelajar sekolah terjun daripada tingkat 5 salah satu koridor bangunan sekolahnya tular di laman media sosial apabila mangsa dipercayai membunuh diri kerana kesal fizikalnya sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan.

Memiliki berat badan melebihi 100kg, pelajar lelaki berusia 17 tahun ini memutuskan untuk terjun pada ketinggian yang sangat tinggi sebelum sempat diselamatkan.

Di dalam rakaman video tersebut kedengaran rakan sekolah yang lain cuba menjerit menyuruh mangsa untuk turun namun dia mengendahkannya.

Menurut rakan sekolahnya, mangsa dikatakan sering menjadi bahan lawak sehingga dia hilang keyakinan diri serta malu untuk bergaul.  Sebelum terjun daripada bangunan tersebut, mangsa kelihatan mundar-mandir dibahagian koridor luar bangunan seperti mencari kawasan yang sesuai sebelum terjun.

Mangsa dikejarkan ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.  Polis kini masih menyiasat punca kejadian, namun rata-rata rakan yang mengenali mangsa percaya bahawa dia bertindak sedemikian kerana tak tahan diejek dan murung.

Sumber: Orientaldaily

Nur Farra