Siakap Keli

Sekelip Mata Anak Kena Potong Rambut, Dipakaikan Baju Lain – Wanita Kongsi Detik Cemas Dakwa Anak Nyaris Jadi Mangsa Culik Warga Asing

Kejadian jenayah culik melibatkan kanak-kanak bukan lagi satu isu yang dipaparkan di media. Perasaan takut dan bimbang mesti membayangi setiap ibu bapa, kerana penjenayah mempunyai taktik licik tanpa mengira tempat dan masa.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, ‘Mama Ida You’ mendakwa anak perempuannya berusia tiga tahun hampir diculik satu keluarga warga asing dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Johor. Pada mulanya, warga asing itu berkelakuan agak mencurigakan dengan cuba mendekatinya bagi bertanya sesuatu.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu, cukup membuatkan hati mana-mana ibu bapa pun berdegup kencang. Ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Awasi anak anda kerana modus operandi yang digunakan penjenayah sangat bahaya dan licik !

Selama ini mama baca je kes cubaan culik kanak-kanak ini dan yang terbaru dua hari lepas negro cuba culik kat taman universiti tu.

Tak sangka pulak mama akan hadapi perkara ini masa bawa baby mama (Raysha Helena 3 tahun) kat pusat membeli-belah di Johor.

Masa pilih baju untuk baby Raysha, mama sedar ada satu family negro dengan dua anak lelaki mereka lingkungan belasan tahun. Mama pegang tangan Raysha erat, hati gerun jugak sebab hubby tak ada masa tu just mama dengan Raysha je window shopping.

Masa mama nak bayar baju Raysha kat kaunter, tiba-tiba je perempuan negro tu tanya mama lokasi money changer dalam pusat membeli-belah tu. Sibuk mama terangkan arah, mama tak sedar terlepas tangan baby Raysha.

Perempuan negro tu blah macam tu je dan time tu la mama teringat Raysha. Mama jerit panggil Raysha dalam kedai baju tu dengan budak kedai baju tu tolong cari jugak.

Hati mama dah meratap sedih. Mama doa banyak-banyak dalam hati biarlah Raysha ditemui. Allah bantu mama. Mama nampak dua budak lelaki negro tu heret satu budak perempuan menghala ke lift dan mak ayah negro tu tunggu depan lift.

Budak perempuan yang kena heret tu berambut pendek tapi Raysha rambut panjang. Siap pakai gaun lain dari baju Raysha masa mama bawa dia keluar.

Allah nak tunjuk pada mama. Tiba-tiba dari bawah gaun tu nampak tompok coklat pada betis belakang dan mama kenal tanda lahir Raysha cuma ada satu tompok coklat pada betis kanan.

Mama tak tunggu lama. Mama jerit kuat-kuat minta orang halang negro tu bawa anak mama ke arah lift. Budak-budak pekerja kedai baju tu pun tolong jugak kejar negro sekeluarga tu. Dah tau agaknya diorang kena kejar, diorang campak Raysha ke tepi dan diorang melarikan diri ikut emergency exit arah ke parking.

Yang bodohnya ada pulak satu mamat tu siap halang budak-budak tu kejar negro sekeluarga. Siap bagi nasihat suruh istighfar la, istiqomah la, muhasabah diri la, negara ada undang-undang la, geram pulak tengok bangsa sendiri yang tak nak tolong orang dalam kesusahan. Last-last negro sekeluarga tu terlepas lari.

Mama peluk Raysha yang dah kena gunting rambut oleh negro sialan tu. Mama call suami mama masa tu jugak. Suami mama datang bawa pergi balai buat report.

Aduhai apa la nak jadi nie makin takut nak bawa anak-anak keluar !

Sumber : Mama Ida You, Andrew Ng Koon Dah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.