Siakap Keli

(Video) “Mohon Doakan Keselamatan Kami”, Jemaah Malaysia Kongsi Detik Cemas Ribut, Petir Kuat Dan Bekalan Elektrik Terputus Di Arafah

Jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah dilanda ribut kencang berpasir yang kuat. Petir yang menyambar juga mengakibatkan bekalan eletrik terputus dan jemaah terpaksa berada di dalam gelap.

Menurut satu rakaman video yang dimunaik oleh seorang jemaah yang berada di sana, keadaan masih berada di dalam keadaan terkawal tetapi cuaca yang buruk menimbulkan kebimbangan ramai.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita doakan keselamatan semua jemaah haji yang berada di sana agar urusan mereka berada dalam keadaan lancar dengan penerbangan balik bermula 29 Ogos hingga 25 September ini.

Mohon doakan keselamatan Jemaah Haji Malaysia yang sekarang menghadapi ribut kencang, berpasir dan petir di Arafah..

Keadaan dalam kegelapan kerana blackout.. Ada dua khemah telah terkoyak dan jemaah terpaksa keluar.. Saya sempat mengambil beberapa gambar dan video sebelum masuk ke khemah.

Para jemaah kini dalam keadaan berjaga-jaga, masuk ke khemah masing2 berzikir dan bertawakkal..

Angin yang kuat beserta ribut pasir melanda Arafah.

Keadaan di dalam khemah jemaah yang gelap gelita kerana bekalan eletrik terputus.

Zink penghadang turut tumbang dan khemah jemaah ada yang mengalami kerosakan kerana digoncang angin yang kuat.

Sumber : Amirullah Ikrami

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di