Hampir 45,000 individu dibawah umur 35 tahun di negara ini telah diisytiharkan muflis berdasarkan laporan Jabatan Insolvensi Malaysia. Kajian awal dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30% daripada gaji untuk membayar hutang tertunggak setiap bulan.
Nasib baik hutang PTPTN boleh tangguh bayar kan? Selain nak mula kehidupan baru alam pekerjaan, banyak perkara yang perlu ditanggung untuk kos sara hidup.
Korang yang di awal 20-an ni merupakan fasa kritikal untuk mengurus duit gaji dan pendapatan. Jadi, 5 ke 7 tahun pertama ni, 10 langkah mudah dibawah wajib jadikan sebagai panduan hidup ya. Semoga bermanfaat.
“Lepas aku graduate nanti, aku nak buat strategi kewangan macam ni!”
1. Jangan ikut gaya ‘hipster’. Dari hujung rambut sampai hujung kaki barang branded. Amalkan gaya hidup cara ‘minimalist’ seperti pesan Tuan Norizan Bin Sharif. Tak mewah tapi cukup.
2. Bina pendapatan sampingan kecil-kecilan. Cukup untuk bantu penuhkan tabung simpanan.
3. Belajar menabung sebanyak 10% ke 20% dari pendapatan. Kalau dapat gaji, simpan dulu baru belanja!
4. Jangan beli kereta yang harganya lebih dari setahun gaji. Kalau gaji RM2,000 awak beli kereta harga tak lebih RM24,000.
5. Baca buku kewangan, hadiri seminar berkaitan perancangan hidup dan cari mentor. Modal mungkin RM50, tapi hasil pembacaan anda bawa pulangan konsisten sepanjang tahun. Jangan tanya kawan yang langsung tak simpan duit. Dia mungkin anak orang kaya, kita ni biasa-biasa saja.
6. Mulakan tabung persaraan awal. Saya cadangkan anda buat tabung ‘52 weeks challenge’ khusus untuk persaraan.
7. Wujudkan simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji. Kalau gaji RM3,000 maksudnya kita ada RM9,000. Saya tukar dalam bentuk emas fizikal. Dalam jangka masa panjang nilai semakin tinggi.
8. Elak buat hutang ‘personal loan’ atau kad kredit. Kesannya, anda susah nak beli rumah sebab ‘debt ratio’ tinggi.
9. Kongsi dengan ‘girlfriend’ tentang matlamat kewangan ini. Ada pasangan mempunyai matlamat yang sama, lebih mudah awak buat ‘proposal’ dengan bakal bapa mertua!
Nak kahwin ke nak main-main je? Sekarang memang la sanggup terjun dalam lautan berapi, dah kahwin nanti jangan sampai dapur tak berapi.
10. Usaha, doa bertawakal. Buat tindakan segera!
Beginilah sebaiknya.
Sumber: Hafizul Hakim
Maksimakan simpanan pada usia muda.
Lebih banyak tips kewangan di sini: https://t.me/MrHafizulHakim