Siakap Keli

Gara-Gara Kritik Azan Terlalu Kuat Dan Menyakitkan Telinga, Wanita Dijatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan

Seorang wanita bukan Islam di Indonesia, negara Islam terbesar, mendapat padah apabila dipenjara 18 bulan gara-gara rungutannya mengenai bunyi azan yang didakwa terlalu kuat dan menyakitkan telinganya.

Hukuman tersebut diputuskan selepas sebuah mahkamah di Medan mendapati tertuduh, Meiliana, 48, bersalah menghina agama Islam selepas tindakkannya meminta sebuah masjid yang ada di kejiranannya memperlahankan bunyi laungan azan.

Meiliana membuat rungutan tersebut apda 2016, dimana peristiwa tersebut menyaksikan orang Islam di sana bangkit membuat bantahan sehingga memaksa komuniti minioriti bukan Islam dalam kejiranan tersebut berpindah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh mahkamah tersebut tidak dipersetuji ramai, termasuk dua kumpulan pergerakkan Islam terkemuka indonesia, Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah.

”Saya tidak nampak bagaimana mengatakan ”bunyi azan terlalu kuat” itu sebagai satu ekspresi penghinaan terhadap kumpulan atau agama lain,” kata Ketua Bahagian Perundangan Nahdatul Ulama, Robikin Emhas.

Robikin pada masa yang sama mendesak agar mahkamah tidak menggunakan undang-undang penghujatan sebagai alat untuk ”menekan kebebasan bersuara” yang selama ini diamalkan di negara republik itu dan menyarankan orang Islam di Indonesia menganggap kritikan sebegitu sebagai kritikan membina.

Manakala Setiusaha Muhammadiyah, Abdul Mu’ti yurut berkongsi pendapat yang sama.

”Saya mendapati Meiliana menanggung nasib yang sama seperti bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, atau Ahok. Keputusan hukuman dikenakan mungkin disebabkan tekanan yang dibuat oleh pihak luar mahkamah,” katanya.

Peguam yang mewakili Meiliana dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.

Sumber : The Guardian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.