Siakap Keli

”Nampak Mayat Perempuan Baring Atas Meja, Rupanya Dia Renjis Badi Mayat Di Kedai Makan Kami ”, Kerana Dengki, Kedai Disihir Hingga Terpaksa Ditutup

Angkara iri hati atau tidak senang dengan perlakuan orang lain, ramai orang yang sanggup melakukan perbuatan jahat termasuklah dengan menggunakan cara halus asalkan hati mereka puas melihat orang yang dibenci merana. Sebagai contoh, dalam perniagaan terutamanya seringkali kita mendengar kisah gangguan sihir dan ilmu hitam yang dihantar kepada pesaing supaya perniagaan mereka terjejas dan ditutup. Akibat perasaan dengki si pelaku ini, ramai yang merana dan lebih teruk kesannya hingga membawa maut.

Terbaru perkongsian daripada seorang pengguna twitter mengenai pengalaman seram keluarganya yang terkena buatan orang yang dengki dengan perniagaan kedai makan mereka cukup membuatkan bulu roma kami meremang. Individu tersebut ‘mengunci’ kedai mereka dari dilihat dan ‘menghantar’ badi mayat perempuan supaya tidak ada pelanggan yang datang. Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengalami gangguan yang teruk di rumah supaya ahli keluarganya jatuh sakit dan kedai makan tidak dapat beroperasi.

Kasihan kerana kedai makan yang menjadi sumber mata pencarian keluarga akhirnya terpaksa ditutup akibat perasaan hasad dengki individu lain. Mari kita ikuti perkongsian ini.

Ibu mula membuka gerai nasi lemak di hadapan sekolah.

Setiap hari masakan laku dijual tetapi makin lama kejadian pelik berlaku apabila gerai mereka tidak dapat ‘dilihat’ oleh orang lain seakan pandangan dikaburkan.

Pindah berniaga di tempat lain.

Orang pertama yang berniaga di kawasan tersebut sebelum kehadiran gerai jualan lain.

Tak sampai 2 jam masakan habis dijual tapi kejadian sama berulang. Semakin lama pelanggan semakin berkurang. Rupanya kedai ‘dihantar’ mayat perempuan. Pelaku merenjis badi mayat ke kedai mereka !

Mayat ikut balik rumah. Ibu ayah diganggu dengan penyakit misteri.

Dengar suara perempuan mengilai di dapur. Jumpa 10 batang paku atas atap kedai.

Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berhenti berniaga bimbang kejadian yang lebih teruk berlaku.

Sumber : Twitter rubirosli

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.