Siakap Keli

Nak Uji Dara Ke Tidak Katanya, Ayah Terkutuk Tergamak Cabul Bakal Isteri Anaknya 10 Kali

Seorang lelaki yang juga seorang ayah ditahan polis selepas perbuatan kejianya mencabul bakal isteri anaknya terbongkar, dalam kejadian yang berlaku di Sulawesi Barat, Indonesia.

Namun yang menghairankan adalah pengakuan suspek berusia 47 tahun tersebut yang memberitahu polis bahawa dia mencabul sebanyak 10 kali bakal menantunya kerana ingin memastikan wanita pilihan anaknya itu masih mempunyai dara.

Menurut suspek lagi, dia sebelum ini mendapat tahu bahawa bakal isteri anaknya itu mempunyai ramai kenalan lelaki dan merasakan tindakan menguji dara mangsa beberapa kali sebagai wajar.

”Selama ini dia (mangsa) mempunyai ramai teman lelaki. Jadi saya sekadar mahu mengujinya sahaja,” kata suspek seperti dilaporkan polis.

Menurut laporan berita Kompas, mangsa dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak suspek selepas menyambut perayaan Aidiladha.

Mangsa turut mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa cabul sebanyak 6 kali ketika sendirian di rumahnya oleh suspek. Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain menuruti sahaja permintaan bakal ayah mertuanya kerana diugut perkahwinan mereka akan dibatalkan sekiranya enggan berbuat demikian.

Pihak polis turut memberitahu bahawa mereka merampas beberapa bahan bukti antaranya pakaian yang dipakai suspek ketika melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Mangsa yang baru berusia 16 tahun dikategorikan sebagai bawah umur ketika ini dalam perlindungan pihak polis. Pihak berkuasa juga memberitahu mereka ketika ini sedang mengumpul maklumat lanjut sebelum membuat pendakwaan biarpun suspek sudahpun mengakui perbuatannya.

Malangnya, akibat tindakan di luar batas manusia suspek, perkahwinan impian anaknya dengan wanita pilihan terpaksa dibatalkan disebabkan konflik antara keluarga yang wujud ketika ini.

Sumber : Kompas

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.