Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu

Padah Tweet Lucah Di Twitter, Gadis Hilang Kerja Impian Di Nasa

Sha Rossa

Mungkin kisah ini boleh dijadikan pengajaran untuk anda menjaga tingkah laku walaupun di media sosial. Mana tahu, ada yang sedang memerhatikan anda. Jangan kerana mulut, habis semua impian musnah.

Seperti seorang pelatih Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) ini yang telah memusnahkan peluangnya untuk bergelar ahli sains roket Amerika yang seterusnya kerana kelucahannya di twitter.

Perkara ini bermula apabila seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai @NaomiH_official dilaporkan sangat gembira ditawarkan pengalaman kerja sebagai pelatih di Nasa yang sudah lama diimpikannya.

Dia yang mengumumkan perkara itu dengan menulis ‘Everyone shut the f*** up. I got accepted for a Nasa internship’ (saya diterima sebagai pelatih Nasa).

Tweetnya itu telah menarik perhatian Homer Hickam, seorang pengarang, veteran Vietnam dan bekas jurutera Nasa yang pernah melatih angkasawan pertama Jepun, yang membalas tweet itu dengan satu perkataan: ‘Language’ (bahasa).

Mungkin Hickam berniat untuk menegur anak muda itu untuk menjaga bahasanya.

Bagaimanapun tweet itu dianggap sebagai satu provokasi oleh Naomi yang kemudian membalasnya dengan ayat lucah kepada Hickam tanpa menyedari lelaki itu seorang yang berpengaruh di Nasa.

Padahnya setelah itu, tawaran Naomi untuk menjadi pelatih Nasa telah dibatalkan serta merta sekaligus menimbulkan kemarahan ramai pemgguna twitter yang menyatakan tindakan itu tidak patut dilakukan.

Hickam yang telah memadam komennya, telah memberi memberi maklum balas berkenaan perkara tersebut dengan cuba menempatkan semula Naomi di Nasa.

Kemudian, bekas jurutera Nasa itu telah menulis kenyataan panjang dalam blognya.

“Saya seorang veteran Vietnam dan tidak tersinggung dengan perkataan F. Walau bagaimanapun, apabila saya melihat Nasa dan perkataan itu digunakan bersama-sama, saya merasakan orang muda ini mungkin menghadapi masalah jika Nasa melihatnya jadi saya menulis satu perkataan kepadanya ‘bahasa’ dan berharap ia tidak berpanjangan.

“Tidak lama kemudian, kawan-kawannya melenting dan berkata banyak perkara yang tidak baik, saya segera memadam komen dan menyekat semua yang berkenaan.

“Kemudian, saya dapat tahu bahawa dia telah hilang tawaran untuk menjadi pelatih Nasa. Saya tak ada kena mengena, malah tidak boleh memecat atau mengambil pekerja di agensi itu dan tidak boleh cakap apa-apa pun tentang pengambilan pekerja.

Gambar : Homer Hickham

“Ia disebabkan oleh hashtag Nasa yang kawan-kawannya guna untuk dapatkan perhatian agensi itu setelah komen-komen saya sudah lama dipadam.

“Dia menghubungi saya dengan permintaan maaf yang tidak perlu, tetapi saya menerimanya dengan hati terbuka.

“Selepas bercakap dengannya, saya yakin dia layak mendapat kedudukan dalam industri aeroangkasa dan saya berusaha melakukan yang terbaik untuk dia mendapat tempatnya semula yang telah hilang.

“Saya juga telah berbincang dengan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan latihannya dan memastikan bahawa rekodnya tidak dihitamkan.”

Naomi kini telah menutup akaun Twitternya berikutan kejadian itu.

Sumber : Metro UK