Siakap Keli

Sehari Selepas Sambut Ulang Tahun, Kanak-Kanak Ini Ditemui Mati Dalam Mesin Pengering

Selepas sehari menyambut harijadinya yang ketiga tahun, seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati di dalam mesin pengering di rumahnya yang terletak di Virginia, Amerika Syarikat (AS).

Mangsa, Brantley Llyoyd ditemui mati oleh bapnaya, Chet Llyoyd pada 7 Ogos lalu kerika dia bangun untuk mencari anaknya yang tiada di atas katilnya.

Dia menemukan Brantley di dalam mesin pengering pakaian dengan keadaan tidak bernafas.

Sejurus kejadian, Llyoyd segera menghubungi pasukan keselamatan dan ibu kepada Brantley untuk memaklumkan berita tersebut.

Menurut Amanda Ray, ibu kepada kanak-kanak malang itu, dia tidak mengetahui punca kematian anaknya dan perkara tersebut sangat tidak masuk akal baginya.

“Tidak masuk akal bagi saya. Tiada apa-apa yang ditokok tambah.

“Saya tidak faham macam mana anak saya berada dalam mesin pengering baju. Saya tidak faham macam mana dia mati,” jelasnya.

Brantley tinggal bersama ibunya selama setahun setengah.

Polis Virginia mengesahkan punca kematian belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, Llyoyd menjelaskan bahawa anak lelakinya itu tidak berada dalam mod yang baik sebelum dia ditemui mati.

Sumber- MetroUK

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar