Siakap Keli

Harga Gula Turun 10 Sen Bermula 1 September

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan hari ini bahawa harga gula akan menurun sebanyak 10 sen bermula 1 September ini.

Pengumuman itu sekaligus menjadikan harga gula pasir kasar baharu RM2.85 sekilogram dan gula pasir halus RM2.95 sekilogram.

Menerusi satu portal berita, Menteri KPDNHEP, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah tersebut diambil selari dengan trend harga gula mentah di pasaran dunia yang semakin menurun.

“Diharapkan dengan turunnya harga gula akan dapat mengurangkan jangkaan kesan berangkai ke atas harga makanan dan minuman di pasaran,” katanya pada satu sumber, hari ini.

Beliau berkata gula merupakan barang kawalan yang dikawal bekalan dan harganya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011 bagi memastikan bekalannya sentiasa mencukupi dan dijual pada harga terkawal.

Tetapi menurut beliau, hasil penurunan ini tidak bermakna bahawa kerajaan menyokong pengambilan gula berlebihan.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan para peniaga bahawa penjualan melebihi atau di bawah harga kawalan yang ditetapkan adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.