Siakap Keli

(Video)”Berderau Darah”, Wanita Kongsi Detik Genting Dampingi Mangsa Kemalangan Masih Hidup Tanpa Tempurung Kepala

Bagaimana rasanya apabila kita terpaksa melihat insan yang kita sayang menanggung derita? Dia yang dahulunya seorang individu yang sangat periang, bertukar menjadi seorang yang tidak ada perasaan. Dia yang dahulunya menemani kita ke mana sahaja, hari ini cuma terlantar di atas katil, bergerak pun tidak mampu.

Sedih itu sudah pasti, rasa seolah-olah sebahagian daripada semangat hidup diragut. Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Ateng Sepet di Twitternya. Dia berkongsi kisah bagaimana menjaga seorang mangsa kemalangan jalan raya. Lelaki tersebut mengalami kemalangan ngeri dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepalanya.

Hasilnya, lelaki itu yang dikenali sebagai Manan terpaksa menjalani kehidupan buat sementara waktu tanpa tempurung kepala.

Nak tahu bagaimana pengalaman Aten menjaga Manan tanpa tempurung kepala? Jom baca perkongsiannya di bawah.

Macam mana rasanya hidup tanpa sebahagian tempurung kepala?

Thread ni panjang dan ada gambar ngeri sikit. Baca dan ambil iktibar, lebih lagi yang menunggang motosikal.

Aku kenalkan dulu. Manan, 30 tahun, Sibu (Melanau), pegawai bomba Tebrau JB. Aku kenal Manan pun masa dia tengah amik course Public Safety Diver, diver bomba yang kerjanya cari mayat, cari mangsa lemas.

Masa kejadian, aku kat pulau. Macam biasalah, menyelam. So aku busy dengan geng diver aku, kadang aku tak dapat nak entertain Manan. Manan bukan jenis keluar malam. Tapi malam tu tiba-tiba dia keluar lewat pegi rumah kawan dia. Keluar rumah dekat jam 10pm

Semua dia buat, mana dia pegi, siapa dia jumpa, semua dia inform aku. Dalam aku busy, aku reply jugak kat dia. Melainkan time aku tengah diving. Aku pelik jugak tiba-tiba dia keluar malam tu.

So 6/7/18, jam 1.24am.

Tiba-tiba dia whatsapp aku, minta maaf bagai dengan aku. Then tiba-tiba je dia cakap dia nak aku tahu yang dia sayang sangat kat aku. Aku pelik juga tapi aku pun iyekan jelah sebab aku pun ralit duk melayan diver-diver kat pulau.

Then dia pesan kat aku, jangan tidur lagi. Dia suruh aku tunggu dia sampai rumah. Dia baru nak balik. Aku pun cakap “Okay”

Sejam lepas tu, dalam 2:30am. Masih takde call dan whatsapp dari Manan. Aku tengah menapak balik bilik, aku call. Total call 8 kali, no answer. Aku dah mula tak sedap hati.

Kali ke 9 aku call, ada suara perempuan jawab. Tettttttttttttt! Hati aku kuat sangat bagi tahu perempuan tu adalah pihak hospital. Aku call, dia pulak yang tanya aku “Awak ni siapa, macam mana awak tahu dia eksiden?”

Aku cakap la aku tak tahu. Aku memang tunggu call dia. Puan tu bagi tahu, dia jawab call aku pun ngam-ngam Manan baru sampai masuk redzone HSA. Berderau darah aku! Aku tanya macam mana keadaan dia, Puan tu pun tak tahu nak describe. Dia cuma cakap minta waris datang segera.

Aku terus call Shotri, kawan sebalai dengan Manan. Kawan aku jugak. Kali ke 3 baru dia jawab. Aku bagi tahu dia, minta dia pegi HSA cepat, Manan kat redzone.

Aku ni goyang duh nak call Shotri ni sebab dia laki orang. Call dekat jam 3 am pulak tu. Tapi aku terpaksa! Aku tak tahu nak call sape dah. Family Manan semua kat Sibu. But Manan pernah pesan, if jadi pape kat dia, bagi tahu kakak-kakak dia dulu, bukan mak dia. Takut mak terkejut.

Aku pun call kakak dia kat Sibu. Bagi tahu dia apa yang berlaku. Aku ni harapkan si Shotri je, sebab aku ni jauh kat Pulau. Aku pun dah menggelupur ayam, tak senang duduk. Rasa nak terbang keluar dari Pulau. Feri paling awal jam 9 am! Arghhhhh! Lama gila aku tahan.

3am, Shotri call aku menangis. Tiba-tiba dia cakap dia menyesal sebab tak lepak dengan Manan. Dia kata patutnya malam tu Manan lepak dengan dia, tapi tak jadi.

“Kalau Manan lepak dengan aku, mesti tak jadi mcm ni”

Aku terduduk! Meraung lah.

B*d*h, gaya dia call aku macam Manan dah takde. Memang j*b*k*. S*t*n betul! Sampai room mate aku yang tengah tidur terus terduduk terkejut aku terduduk atas lantai masa tu.

Aku tanya Shotri. “Wei, kau bgtahu aku. Dia ok kan? Dia ada lagi kan?”

Dia tak bgtahu. Dia cakap dia tak tahu! Aku bagi tahu dia feri aku jam 9 am, dia pesan kat aku suruh drive elok-elok dari Jeti Tg Gemuk sampai JB. Dia cakap jangan risau, dia tunggu sampai aku datang hospital tu.

Masa Shotri call aku nangis tu, dia cakap kat aku. Doktor bagi tahu, kepala Manan bleeding. Tengkorak pecah. Masa ni aku meraung teruk beb! Rupanya tengkorak retak, bukan pecah. H*n*t betul! Dan yang bagi tahu tu doktor praktikal. Aku rasa nak tinju muka doktor tu.

Ok so aku sampai HSA dalam 2:30pm. Elok pulak habis masa melawat. Maka aku pun menunggu la sampai 4:30pm depan wad NHDU tu. 4:28pm aku terus henjut masuk. Lantak lah!

Ni keadaan dia masa tu. Kaki tangan kena ikat, sebab dia agresif.

Paling aku sedih, DIA HILANG INGATAN!

Dia tak kenal aku, dia tak kenal kawan balai dia dan langsung tak kenal family dia. Allah!

Aku tanya dia, kenal aku tak?

Entah berapa nama perempuan dia sebut.

Aku dah tawakal habis masa ni. Aku suap dia makan, aku buka ikatan kat tangan dan kaki dia, kesian sangat aku tengok. Aku rasa aku boleh handle, so aku buka. Tapi dia pulak nak rentap semua wayar yang ada kat tubuh dia. Aku marah dia macam marah budak kecik.

Perangai dia memang jadi lain. Doktor cakap kena tunggu waris dia datang. So kakak dia 2 orang fly dari Sibu, sampai malam.

7/7/18, kami jumpa doktor. Doktor cakap ada bleeding, tekanan pada otak dia sebab hentakan kuat. So dah ada tanda-tanda strok kat otak.

Doktor bagi solution,

Kena operate, buang tempurung depan supaya otak dia tak pressure. Kakak-kakak Manan tanya aku, minta pendapat aku. Aku cakap, kita buatlah apa yang terbaik asalkan Manan pulih balik. So kami setuju untuk buat operation.

Aku siap bagi penyu aku untuk dia peluk.

So jam 4:15pm, dia masuk OT. Sebelum tu doktor explain, pasal risiko semasa dan selepas operation. Dah dapat concern, baru masuk ot. Seriau aku dengar.

Ni gambar dia sebelum masuk OT.

Operation amik masa almost 6 jam. Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan selamat. So dia dimasukkan balik ke wad NHDU. Ni aku attach gambar lepas operation. Menangis aku tengok keadaan dia masa ni.

8/7/18, masih di NHDU. Keadaan stabil. Bila panggil nama, dia bagi respon. Cuma tak buka mata. Dia boleh genggam tangan. Dia masih peluk penyu aku. Huduh penyu aku kena darah dia. So aku bagi dia bantal penguin dia.

Petang tu aku tengok dia dah mula pakai mask oxygen yang biasa tu, maksudnya dia dah boleh bernafas dengan sendiri. Alhamdulillah! Aku harap dia kenal aku.

9/7/18, Manan dah masuk wad biasa. Aku tengok dia tidur style tidur kat rumah.

Aku panggil dia, tp dia memang nak tidur je. Dia celik, dia tidur balik. Sumpah, dia memang malas nak layan orang. Kakak dia panggil pun dia buat tak reti. Suruh bangun makan pun dia tak nak

Tapi, aku perasan. Dia tak kenal aku. Dia tak kenal family dia, tak kenal kawan-kawan balai dia. Dalam dia tak kenal tu, dia cuma nak bercakap dengan aku je. Dia genggam tangan aku je. Kakak-kakak dia cakap Melanau dengan dia, dia jawab Melayu. Dia tak cakap Melanau.

Ni gambar dia. Kesan jahitan dia. Masa ni tak nampak obvious lagi takde tempurung bahagian depan tu sebab masih bengkak lepas operation. Membulat terus muka dia.

Dan hari tu aku dapat good news, doktor cakap esok hari (10/7/18) dah boleh discharge. Phew! Happy gilak aku hoi. Masa ni Manan dah boleh makan, cuma masih aku suapkan. Effect lepas operation, Manan memang asyik nak tidur je. Geram gila aku

10/7/18, HARINI BALIK! Tengok dia, dapat jalan. Nak tengok matahari katanya.

Macam ni la muka dia. Macam tak buka mata, padahal dah habis celik tu.

Dah siap-siap, dia boleh sambung tidur. Memang banyak akal. Sempat dia berentap selimut dengan nurse. Gambar ke 2 tu lah Shotri. Kawan baik kami dua orang.

Gambar-gambar dia masa aku bawa dia keluar jalan-jalan.

4-5 hari lepas keluar hospital, aku bawa dia pergi balai bomba, tempat dia kerja. Dia jalan menonong je masuk, dia buka locker dia. Aku happy gila, sebab dia masih ingat dia kerja sebagai bomba. Sebab haritu aku tanya dia kerja apa, dia jawab “cikgu”.

Dia buka locker, dia ambik seluar celoreng dia, dia pakai. Dia amik topi merah dia, dia nak pakai macam nak pergi roll call. Dia cakap kenapa topi macam kecik jee. Padahal kepala dia kan bengkak lagi. Masa ni aku menangis tengok dia. Sumpah

Masa tu aku tak sempat amik gambar sebab aku nangis sorok-sorok dari budak balai. Hahahaha! Gambar atas ni, masa ni dia tengah siap-siap nak pegi kerja. Dia tak tahu dia mc, dia tak tahu dia eksiden, dia tak tahu apa-apa. Sedih tengok keadaan dia. Sedihhhhh!

Sebenarnya, Manan eksiden motor dekat susur keluar Kempas menghala highway Pasir Gudang. Kawasan tu memang gelap takde lampu. Takde siapa tahu apa yang jadi kat Manan, sebab dia sendiri tak ingat dia eksiden.

Masa dia eksiden tu, pemandu treller yang lalu jalan tu yang call ambulans

Alhamdulillah nasib baik treller tu perasan dia kat tengah jalan, sempat emergency brake! Allah.

Dia call ambulance. Manan dalam keadaan tak sedar dah masa tu.

Tengok pada cara motor dia, belakang motor ada kesan kena langgar. Motor dia calar dan cover set pecah blah kanan je.

Ekzos patah. Semua belah kanan. Means dia jatuh belah kanan. Hmm! Pegi report balai, boleh polis tu kata cctv tak function. Masa tu aku dah nak jadi beast. Hampir nak mengamuk. Tapi ketua balai a.k.a bos Manan ni tenangkan aku.

So tak dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya. Manan ni antara makhluk yang aku kenal bawa motor memang cermat dan tak bawa laju. So aku memang tak puas hati selagi tak buka kes.

Masa eksiden, Manan pakai baju sweater aku. Baju tu memang fully black. Aku dah banyak kali pesan kat dia, jangan pakai baju hitam masa naik motor waktu malam. Tapi malam kejadian tu, benda nak jadi. Dia pakai jugak. Degil!

So salah satu punca, pakai baju gelap. Ni gambar sweater aku yang dia pakai. Memang takde reflector.

So effect pada kemalangan tu, Manan hilang ingatan. Selama ni aku tengok scene hilang ingatan ni cuma dalam drama je. Tapi bila aku sendiri berhadapan situasi macam ni, sedih wei. Lebih lagi dia tak kenal kau.

Tapi dia bukan hilang ingatan sepenuhnya. Memang awalnya dia tak tahu apa-apa, tak kenal orang, tak ingat diri dia. Semua dia tak tahu. Tapi ada setengah benda dia tahu, dia ingat. Paling tepat, actually dia confuse. Kadang apa dia cakap 5 min sebelum pun dia lupa.

Dia tak boleh ingat apa yang dia makan siang tadi. So keluar dari hospital, 2-3 minggu, semuanya diuruskan. Makan, minum, berak kencing, mandi semua aku dan kakak-kakak Manan yang uruskan. Berjalan kena berpimpin, takut jatuh.

Ha, dia pernah tumbang tiba-tiba. 3 kali. Nasib baik tak kena kepala.

Sebab dia tak boleh balance badan dia sangat. Sebab tu kena sentiasa berteman. Hmm

Dalam tempoh 2-3 minggu pertama, aku hampir hilang sabar jaga dia. Sumpah

Malam dia tak tidur langsung, setiap 3-5 minit dia akan berjalan, merayap, keluar masuk bilik sampai tahap aku kena kunci semua bilik dalam rumah. Bila dia bangun, satu rumah kena bangun nak monitor dia. Bayangkan, sampai jam 7am dia mcm tu.

So waktu siang jelah aku ganti waktu tidur aku. 3 minggu wei mcm tu! Then dia cakap melalut. Dia cakap benda yang takde kaitan. Pastu dia sibuk nak pegi kerja, padahal mc 3 bulan. Penat aku bertekak dengan dia. Aku marah, tapi memang sia-sia lah. Dia tak faham apa-apa.

Dan dia betul-betul takde perasaan masa tu. Perasaan sayang, kesian, simpati, marah. Takde langsung. Sebulan! Muka dia takde reaction, takde senyum, takde ketawa. Aku ni dah berserah kat Allah, kalau dia tak ingat aku pun takpelah. Asalkan dia tahu diri dia.

Aku tanya dia. Tengok gmbr siapa? Dia sebut nama penuh aku, dia tunjuk gambar family aku, gambar-gambar aku dengan dia, gambar kawan balai dia. Allah! Terharu aku! Dia dah ingat nama penuh aku. Dia kenal nama-nama orang. Aku happy! Sumpah aku happy.

Sebulan! Betul lah, Allah betul-betul uji aku jaga orang yang celaru otak ni. Bukan celaru jantina ye!

Alhamdulillah, kami dah lepas dari fasa yang betul-betul menduga. Alhamdulillah!

Ni aku attach gambar-gambar dia yang latest. Gambar dia tanpa tempurung kepala bahagian depan. Dari atas dahi sampai tengah bahagian ubun-ubun.

Alhamdulillah, ingatan dia hampir pulih. Dan dia tengah tunggu Q dari hospital untuk pasang balik tempurung kepala dia.

Tempurung kepala dia masih elok, disimpan dalam peti sejuk bahagian beku. Tempat simpan ayam ikan.

Hahahaha tak tak! Gurau! Ada kat hospital. Dalam peti sejuk kat HSA tu. So nanti pasang balik, kena guna skru nak lekatkan balik tempurung tu, memakan kos RM200 untuk setiap skru. Pakai 6 biji, so kos RM1,200. Bertabahlah!

But! Kata-kata positive dan nasihat demi nasihat adalah perlu untuk si Manan ni. Semuanya sebab nak elakkan dia jadi demotivate bila dia tengok fizikal dia berubah. Gila, kalau aku kat tempat dia, aku pun tak tahu macam mana keadaan aku. Mampu ke aku terima kepala aku mcm tu.

Tapi dia, Alhamdulillah. Dengan semangat dari aku, keluarga dan kawan-kawan balai. Dia tak pernah ada rasa malu berhadapan dengan orang ramai dengan fizikal dia macam tu. Dia keluar dengan aku tak pakai topi. Dia tak kisah orang pandang pelik tengok kepala dia.

Dia takde rasa malu. Dia cakap dia terima ketentuan Allah. Allah jadikan dia macam tu bersebab. At least Allah masih panjangkan umur dia dan izinkan dia untuk terus hidup! Alhamdulillah.

Tapi dia pun manusia biasa. Bila dia kat rumah, termenung, kadang aku nampak dia menangis. Aku suka biarkan dia menangis. Supaya dia rasa lega. Lepas tu baru aku approach dia dengan positive vibes seketul Ateng. Eh tapi dia masih kacak.

Bila pakai topi, nampak elok je. Masih Manan yang aku kenal.

Dia masih boleh senyum, boleh ketawa. Alhamdulillah, dia masih Manan yang aku kenal.

Takde apa yang aku harapkan selain dia diberi kesembuhan, diberi kesihatan yang baik dan dipulihkan ingatan.

Pada yang bawa motor tu, beringatlah. Pilih pemakaian yang betul. Tak salah pakai baju gelap, tapi siang-siang hari okay lah. Nak salahkan pemandu kereta 100% pun tak boleh, sebab korang pakai baju gelap. Hati-hati mcm mana pun korang, benda nak jadi.

Papa aku selalu pesan. Penunggang motor dengan pemandu kereta lori kereta kebal treller ni ibarat tembikai dengan durian. Kau naik motor, kau langgar orang kau yang sakit. Orang langgar kau pun, kau yang teruk. Itulah nasib pengguna motor.

Ingatlah orang yang kau sayang, menunggu kau kat rumah. Baliklah dengan selamat. Kami kat rumah ni menunggu kepulangan orang yang kami sayang, bukan menunggu jenazah tubuh yang dah kaku. Please lah korang.

Bila jadi macam ni, baru timbul kesedaran dalam diri betapa pentingnya insurans. Betul, memang kita ada hospital government, low cost. Macam kes Manan, dia guna GL sebab dia bomba. Alhamdulillah dia cepat sembuh.

But ada part yang tak best.

Bila hospital government ni, kami kena tunggu Q. Tempurung Manan sepatutnya boleh dipasang balik dalam tempoh yang terdekat, lepas sebulan macam tu pun dah boleh pasang. Now doktor bagi tahu at least 6 bulan.

Bayangkan Manan nak kena survive selama 6 bulan tanpa tempurung, risiko jatuh dan drop object direct kena otak terus. Dia pun kena kerja, cari rezeki nak teruskan hidup. Nak belanja aku chicken chop lagi. 6 bulan tu pun kalau dapat lah giliran lah, kalau tak memang lagi lama lah.

Doktor tak boleh buat apa. Unless kalau Manan ada insurans dan refer pada private hospital. Terdiam Manan. Masa tu baru Manan cakap menyesal tak amik. Aku pun dah refer dengan sepupu aku, consultant takaful, kalau kes macam ni 24hours terus cover lepas sign up.

Yes, kalau ada insurans tempurung kepala dia boleh pasang terus. Hmm. Benda dah nak jadi kan? Tapi at least terbuka mata lah jugak betapa pentingnya insurans. Aku yang seksa bayar bulan-bulan pun tiba-tiba rasa bersyukur amik insurans.

Bila dah kena, baru nak menadah. Itulah perangai manusia. Aku tarik balik kata-kata aku. Insurans penting. Kalau tak sayang nyawa, fikirlah org sekeliling yang sayang kau. Itu je. Jangan kau mati menyusahkan orang bayar kos itu ini. Kesian orang yang hidup tu nanti.

Weiiii. Aku bukan agent insurans. Aku tak promote insurans, tapi aku nak tekankan kat sini betapa pentingnya sang insurans. Manan ni ada GL pun, nak pasang tempurung pun kos RM1,200 kena bayar sendiri kat Hospital government. Kalaulah ada insurans. Hmm

Kan dah jimat RM1,200. Boleh aku pakai beli playstation ke, beli equipment diving aku. Tapi takpe, Manan dah cerdik sikit. Lepas ni aku heret dia buat insurans.

Sumber : Ateng Sepet

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.