Siakap Keli

“Saya Akan Keluarkan Arahan Pembeli Kad Prabayar Diberikan Kredit Sebanyak RM10 Juga Tanpa Potongan,” – Lim Guan Eng

Semalam kecoh apabila hari pertama perlaksanaan SST, pengguna kad prabayar terpaksa menanggung cukai sekaligus menolak jumlah kredit tambah nilai mereka.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan walau bagaimanapun telah mengeluarkan satu kenyataan ketika ditanya pada Sesi Taklimat Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang berlangsung di Seberang Perai berkata;

“Saya akan mengeluarkan arahan bagi memastikan pembeli prabayar RM10 akan diberikan kredit sebanyak RM10 juga tanpa potongan.  Pengurangan kredit berkenaan pula akan dikembalikan dalam bentuk rebat.”

Hal ini berlaku apabila rata-rata pengguna kad prabayar menyatakan ketidakpuasan hati mereka apabila potongan tambah nilai ditolak sehingga 6% kepada pihak telco.

Sumber: Video Buletin TV3

Nur Farra