Siakap Keli

‘Kapal Hantu’ Muncul Secara Misteri Selepas 9 Tahun Hilang di Lautan Pasifik

Sebuah ‘kapal hantu’ dengan kibaran bendera Indonesia bersamanya secara misteri muncul kembali di Lautan Hindi selepas lebih 9 tahun menghilang di Lautan Pasifik.

Polis Yangon mengesahkan pada hari Jumaat lalu bahawa kapal yang diberi nama ‘Sam Ratulangi PB1600’ itu telah terbiar 11 kilometer dari Teluk Martaban ketika ditemui oleh nelayan minggu lepas.

Laman web pengesanan kapal, MarineTime melaporkan lokasi terakhir dilihat di perairan Taiwan pada 2009 sebelum terputus hubungan semasa berlayar keluar dari negara tersebut.

Bagaimanapun, kapal terbabit tiba-tiba muncul diperairan selatan Myanmar pada 30 Ogos lalu tanpa penghuni serta sebarang barangan.

Pihak berkuasa tentera laut yang menyiasat memberitahu bahawa kapal itu ditinggalkan kerana kru kapal terjebak dalam cuaca buruk.

“Kapal disyaki telah ditunda oleh kapal lain kerana kami menjumpai 2 kabel di bahagian kepalanya.”

Setelah beberapa hari menyiasat, pihak berkuasa kemudian menemukan sebuah kapal tunda kira-kira 80km (50 batu) dari pantai Myanmar.

Selepas beberapa soal siasat dijalankan ke atas 13 orang anak kapal tersebut, misteri ‘kapal hantu’ ini terjawab apabila mengetahui kapal tunda itu telah menunda Sam Ratulangi sejak 13 Ogos menuju ke sebuah kilang di Bangladesh untuk merungkai kapal.

Walau bagaimanapun, cuaca buruk membuatkan mereka terpaksa meninggalkan kapal misteri itu.

Pemilik kapal tunda itu dikatakan berasal dari Malaysia, lapor berita Eleven Myanmar.

Sumber: BBC

Nur Farra