Siakap Keli

Perkhidmatan Pengangkutan Udara Sabah Dan Sarawak Dikecualikan SST

Perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana ia merupakan mod pengangkutan yang kritikal dan penting bagi penduduk di kedua-dua negeri tersebut.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pengecualian tersebut merupakan keistimewaan yang diberikan kepada kedua-dua negeri di pulau Borneo itu kerana mengambil kira faktor struktur muka bumi Sabah dan Sarawak yang begitu luas.

Katanya, pengecualian cukai perkhidmatan udara di wilayah Sabah dan Sarawak berkenaan mungkin mengejutkan kerana pengangkutan udara dikenakan cukai di bawah pelaksanan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan terdahulu.

​​​​​​​Lim berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat dan forum pelaksanaan Cukai Perkhidmatandan Jualan (SST) anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) – Bernama

Nur Farra