Siakap Keli

Tergamak Dia Telefon Saya Macam Mana Nak Hantar Ayah Mereka Ke Rumah Orang Tua, Lepas Tukar Milik Tanah – Aktivis

Sebak rasanya hati kami bila membaca luahan ini. Mengenangkan wajah ayah dan ibu di kampung, terasa rindu dan sayu. Bagaimana tergamaknya anak-anak ini mahu membuang insan yang banyak berjasa dalam hidup setelah mereka mengecapi semua kejayaan di dunia.

Jika dikira dengan jumlah wang ringgit yang dibelanjakan, penat lelah, keringat dan masa membesarkan anak-anak, berbakti sehingga ke akhir hayat pun tidak cukup, apatah lagi mahu ‘menderhaka’ seperti ini.

Perkongsian oleh Nuna Harris ternyata membuatkan ramai yang bergenang air mata. Beliau yang aktif dalam kerja sukarelawan menerima panggilan dari seorang wanita. Tujuannya adalah untuk bertanya mengenai prosedur serta keperluan untuk melayakkannya menghantar bapa mereka ke rumah orang tua.

Alasan yang diberi oleh wanita itu kerana mereka 8 beradik tidak mempunyai masa menjaga ayah yang tua kerana sibuk dengan keluarga masing-masing. Lebih kejam, apabila mereka mahu menunggu ayah mereka bersetuju menukar pemilikan nama tanah ke atas anak-anak. Bayangkan bagaimana hancurnya hati seorang ayah apabila di hujung usianya dia diperlakukan sedemikian oleh anak-anak yang diharapkan. Sebak !

Gambar Hiasan

SORRY BUT I MUST SHARE THIS

I don’t normally pick up calls from unknown number. But I got 4 missed calls this morning at 6.30am my time. 7.30am Malaysian time. I called the number when I’m on my way to work. Kot2 lah ada emergency apa dia ka.

Me: Hello Assalamualaikum. Saya ***** ada sesiapa call nombor saya tadi?

Her: Nombor cik **** ka ni?

Me: Ya betul saya. Ni siapa ya?

Her: Sorry sorry tadi call lupa tengok time tu yang tak call dah.

(4 kali kot dia call huhuhu)

Me: Takpa, ni siapa & ada apa saya boleh bantu ka?

Her: Kak ***** tanya sikit ja macam mana proses nak masuk kan dalam rumah orang tua?

Me: Owh yang tu akak kena pergi terus ke rumah orang tua yang akak nak berurusan tu & minta jumpa dengan pegawai di sana. Biasanya waktu kerja 8.30am-4.30pm. Semua rumah orang tua tak sama prosedur nya.

Her: Akak nak hantar yang gomen punya tu. So kalau akak nak masuk kan orang tua bawa terus pi sana & tinggal ke?

Me: Tak boleh. Kena mohon dulu. Saya cadangkan akak pi sana terus, minta jumpa pegawai dan dapatkan maklumat lengkap supaya mudahkan urusan. Saya pun tak pasti proses yang betul sebab saya tak kerja di rumah orang tua.

Her: Macam ni akak nak masuk kan ayah akak. Dah tua 77 tahun. Akak ingat tanya cik **** dulu senang nanti kalau tau boleh hantar terus kat situ.

Tapi akak tanya dulu bukan nak hantar lagi, tengah tunggu ayah akak setuju tukar nama tanah kat kami adik beradik dulu baru nak tinggal dia kat sana.

Me: Owh akak berapa beradik semua?

Me: 8 orang je (JE??)

Me: Hampir semua rumah orang tua yang saya berurusan penghuni dah penuh sangat tau akak. Rasanya susah juga mereka nak terima penghuni baru yang masih ada keluarga & anak-anak. Boleh tak kalau saya cadang akak & adik beradik yang jaga ayah akak dulu?

Her: Susah cik **** ayah akak tu dah tua. Memang boleh buat semua sendiri tapi susah la. Kami semua masing2 kerja & dah kawen. Macam akak nak kena jaga suami & anak2. Mana ada masa nak tengok ayah. Yang lain pun sama.

Teruk jugak kalau tiap bulan nak balik kampung jenguk. Kalau tinggal kat rumah orang tua senang. Sana ada orang jaga bagi makan kan? Free ke cik ****?

Me: MAAF akak, nanti akak boleh terus ke sana ya untuk dapatkan maklumat. Bye assalamualaikum.

SORRY SAYA ALERGIK BAB-BAB NI.

Anak 8 orang. Sebulan sekali balik kampung kalau gilir seorang cuma perlu balik 8 bulan sekali. Kenapa kena guna perkataan TINGGAL kat rumah orang tua? THAT IS YOUR FATHER. Aku type post ni pun aku tereyak.

And paling sedih bila dia cakap ayat ni, lepas tukar nama tanah kat kami adik beradik. SAMPAI HATI !!!

Wahai semua kawan-kawan, bersiap sedia untuk hari tua kamu ya. Kita pun taktau bagaimana nasib kita nanti.

La ni memang gagah perkasa, bekerja, berduit, berharta, segak cantik hensem. Buleh kencing berak sendiri. Esok esok…

The kind of CRAZINESS I have to go through on daily basis. Ya Allah permudahkan lah urusan kami semua.

Sumber : Nuna Harris Jr.

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di