Siakap Keli

”Takpelah Kalau Tak Ada Yang Melawat”, Gara-Gara Sentuhan Orang Dewasa, Bayi Ini Menderita Penyakit Kulit Teruk

Kami yakin, semua pembaca kami sudah pun sedia maklum dengan fakta bahawa bayi yang baru dilahirkan mempunyai antibodi yang lemah dan mudah dijangkiti dengan penyakit. Memang ada sesetengah ibu bapa amat mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan bayi mereka termasuklah sentuhan dengan orang lebih dewasa.

Namun, sudah menjadi budaya dan tradisi masyarakat untuk menziarahi ibu yang baru bersalain dan meraikan kedatangan ‘orang baru’ dalam keluarga berkenaan. Budaya dan tradisi itu bukanlah satu masalah, tapi yang menjadi masalah adalah kecenderungan orang yang menziarah untuk ‘beramah mesra’ dengan bayi, ada kalanya sehingga bersentuhan dan boleh menyebabkan berlaku jangkitan pada bayi.

Dulu mungkin kurang pendedahan, media sosial pun tidaklah diguna secara meluas seperti sekarang. Tetapi jika yang sama tetap berlaku pada hari ini, ia satu perkara yang menyedihkan, apabila melihat bayi-bayi yang masih kecil ini menanggung derita, seperti kisah yang dikongsikan oleh Puan Mazne Aznan.

Nak tahu apa yang berlaku kepada anak Puan Mazne Aznan, jom baca perkongsiannya di bawah.

Simple Impetigo ke Scalded Skin Syndrome.

Dugaan Ummi Abi dan Affan. Hampir sebulan berpantang di hospital. Cerita ada di setiap gambar . Saya berkongsi untuk kita sama-sama alert dan sentiasa ambil berat dengan keadaan sekeliling anak-anak tersayang.

Terima kasih Doctor Syed Jefrizal Syed Jamal dan nurses di KPJ Seremban yang sentiasa jaga Affan sebaiknya dan berusaha untuk Affan sembuh dari penyakitnya. Saya halalkan untuk share post saya ni dengan niat sebagai peringatan kepada ibu ayah di luar sana. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk anak-anak kalian. Amin Ya Allah.

20 Julai 2018.

Alhamdulillah. Ummi selamat melahirkan Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan secara normal walaupun hampir 7 jam ummi bertarung dalam labour room. Macam-macam komplikasi. Alhamdulillah Affan keluar ke muka bumi ni dengan tangisan yang ummi abi tunggu-tunggu.

Ummi tak dapat pegang Affan. Affan terus check in NICU. Sebab perlu bernafas dengan bantuan oksigen. On antibiotic bermakna 3 hari bermalam di Az Zahra Bangi. Bermula lah fasa ulang alik jenguk Affan dan hantar susu.

Ummi ingat anak ketiga ni senang je ummi lahirkan macam Abang Uwais dulu. Tapi Allah nak duga kekuatan kita.

24 Julai 2018.

Affan boleh keluar. Alhamdulillah. Ummi la makhluk Allah yang paling gembira.

30 Julai 2018.

Ummi perasan macam ada tumbuh blister kat muka Affan. Ada 3 biji macam tu dan warna kuning. Ummi tak sedap hati. Rasa kuning Affan tinggi ke. Sebab cecair dalam tu pun warnanya kuning. Walaupun anak tiga dah, tapi takda pengalaman macam ni sebelum ni. Ummi blurr. So buat keputusan nak check kuning kat KKIA. Pegi KKIA, doctor check kuning, kuning Affan tinggi. Bacaan 312. Tapi cecair tu doctor cakap takde pape. Tapi still kena refer due to jaundice (kuning).

Ummi pegi KPJ Seremban. Affan warded. Malam tu doctor yang baik hati, Dr Syed Jefrizal call ummi bagitau Affan ade IMPETIGO. Ummi tak pernah dengar pun penyakit apa tu. Doctor minta ummi Google dan baca. Doctor minta esok jumpa doctor kat Klinik Pakar.

31 Julai 2018

Cecair tu dah kering. Doctor terangkan apa tu impetigo. Jangkitan sakit kulit dari orang yang ada sakit kulit. Doctor tanya ada ke yang datang melawat Affan. Mestilah ada kan. Doctor cakap mungkin dapat dari situ. Ummi abi pun terdiam. Selalu baca pasal bayi orang lain terkena jangkitan. Bila kena kat anak sendiri, sama-sama terpaku. Doctor explain tak perlu risau. Doctor cuba rawat dengan sapu krim. Kalau berkesan, tak perlu on antibiotic. Ummi lega.

Ulang alik lagi Ummi ke hospital untuk jenguk Affan.

3 Ogos 2018.

Alhamdulillah, Affan boleh keluar dah. Tapi ummi macam tak berapa happy. Sebab nampak impetigo tu still ada. Tapi doctor cakap takpe. Sapu je krim. Isnin kita jumpa lagi untuk follow up.

Senyum je dia eh.

Muka Affan yang ummi rasa impetigo tu ada menyorok kat tempat lain. Ummi rasa Affan belum sembuh sepenuhnya. Kata hati seorang ibu tu benar kan. Memang Affan belum sembuh sepenuhnya.

4 Ogos 2018

Dahi Affan keluar cecair penuh macam ni. Ummi susah hati. Kuat sangat rasa hati cakap Affan tak sembuh lagi. Dan betul lah kata hati tu. Masih ada impetigo yang menyorok dalam hidung dan telinga Affan.

Keadaan Affan masa ni buat Ummi berendam air mata je. Allahuakhbar.

Dah start naik kuping-kuping kuning area mulut Affan.

5 Ogos 2018.

Ummi dah tak boleh nak tunggu sampai Isnin. Ahad tu ummi ajak abi pegi KPJ semula. Alhamdulillah rezeki Affan. Doc Syed memang on call masa tu. Doc Syed minta maaf kat ummi abi sebab terpaksa cucuk Affan dengan antibiotic dengan keadaan Affan macam ni. Ummi redha. Janji Affan sembuh.

6 Ogos 2018.

Mata Affan tak boleh bukak. Masa ni penuh kuping-kuping tu kat mata Affan.

7 Ogos 2018.

Alhamdulillah, mulut Affan dah bersih. Tinggal mata belum boleh bukak. Petang tu ada appointment dengan doctor pakar kulit.

8 Ogos 2018.

Baju memang tak boleh pakai. Tapi Alhamdulillah, Affan makin positif. Kulit makin mengering dan menggelupas dengan sendiri. Masa ni Affan kena tambah lagi 1 jenis antibiotic lepas doc diagnos Affan Scalded Skin Syndrome.

Alhamdulillah Affan semakin pulih. Ummi pun makin happy.

9 Ogos 2018.

Muka Affan dan bersih, mata dah boleh bukak. Masa ni tinggal kelengkang dan punggung Affan yang masih luka. Alhamdulillah.

Tinggal badan je menggelupas sikit demi sikit ganti kulit baru.

Affan dan boleh pakai baju. Alhamdulillah.

12 Ogos 2018.

Alhamdulillah Affan dah boleh keluar hospital. Ummi abi bersyukur sangat sebab Affan dah sembuh. Tinggal kulit tangan dan badan je nak salin kulit baru.

Keadaan Affan masa hari kedua di hospital. Kulit semua melepuh.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesembuhan kat Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan. Alhamdulillah, Affan dah 45 hari. Affan kena kuat macam Ummi Abi.

Kurniaan terindah dari Allah SWT. Ummi sampai sekarang fobia. Berjaga-jaga wahai ibu ayah sekalian. Takpelah kalau nak kedekut dengan anak yang baru lahir. Takpelah kalau tiada yang melawat. Bayi baru lahir, antibodi nya tak kuat. Senang sangat dapat jangkitan apa-apa pun.

Saya sebelum ni banyak baca cerita pasal orang lain. Tapi bila kena kat diri sendiri, rasa bersalah sangat kat Affan. Allahuakhbar, terima kasih di atas kesembuhan yang Kau Berikan. Sesungguhnya hanya Kaulah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

Semoga hero-hero ummi abi sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT.

Keadaan Affan yang buat Ummi serba salah sangat.

Sumber : Mazne Aznan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.