Sebentar tadi,viral di media sosial apabila terdapat beberapa orang netizen yang berkongsi gambar berkenaan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Gambar yang dikongsi tersebut diambil ketika siaran langsung berita di salah sebuah stesen televisyen swasta popular tanah air.
Berdasarkan gambar tersebut, netizen tertanya-tanya apabila antara golongan layak mendapat bantuan zakat termasuklah pengamal hubungan sejenis atau pun yang biasa disebut sebagai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Selain LGBT, kumpulan lain yang turuk layak menerima zakat adalah pelacur dan orang Islam yang bersekedudukan dengan orang bukan Islam.
Lebih menarik lagi, kesemua senarai tersebut diletak di bawah senarai ‘Asnaf Al-Riqab’. Apakah yang dimaksudkan dengan asnaf al-riqab ini? Carian kami di internet membawa kami kepada beberapa artikel mengenai asnaf al-riqab yang pernah dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan sebelum ini termasuklah maklumat-maklumat yang dicapai daripada laman web Majlis Agama Islam negeri.
Maksud Asnaf Al-Riqab
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman web Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, asnaf al-riqab membawa maksud ”memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu”.
Carian kami daripada laman web Majlis Agama Islam negeri lain turut memaparkan maksud yang sama. Bagaimanapun, kami berjaya menemui satu penulisan daripada sebuah akhbar berbahasa Melayu atas talian yang diterbitkan pada tahun 2012 yang turut dikongsikan oleh portal Lembaga Zakat Selangor.
Berdasarkan laporan portal berita tersebut, penerima zakat dalam ketegori asnaf al-riqab diletakkan pada posisi kelima dalam agama Islam iaitu dibelakang asnaf fakir, miskin, amil, dan mualaf.
Portal tersebut turut menyebut bahawa perkataan riqab adalah jamak daripada perkataan bahasa Arab, raqabah yang bererti budak (hamba) belian lelaki dan bukannya budak belian perempuan. Namun lapor portal itu lagi, dalam konteks pengamalan, al-riqab bukan sahaja terhad kepada hamba lelaki sebaliknya turut merangkumi hamba perempuan.
Dari segi maksud literasinya pula, portal berita itu menyebut bahawa perkataan al-riqab atau raqabah membawa maksud ‘leher’. Lapor portal berita itu, fuqaha bersetuju ia sebagai satu kiasan betapa perhambaan adalah satu bentuk belenggu yang mengikat seseorang itu daripada menikmati kebebasan.
Maka dengan itu, Allah mengizinkan zakat diberi kepada mereka sebagai satu usaha untuk memerdekan mereka. Malah, ia sebagai satu simbol betapa Islam amat meraikan kebebasan manusia daripada diperhambakan (dibelenggu) sesama manusia.
Senarai Penerima Zakat asnaf Al-Riqab
Berdasarkan senarai yang diterbitkan oleh Mufti Selangor, penerima asnaf al-riqab dibahagikan kepada dua bahagian iaitu mereka yang mengalami masalah sosial dan mereka yang menghadapi masalah akidah.
Mereka yang diletakkan di bawah senarai Masalah Sosial adalah :
a) Tebelenggu dengan dadah
- Penagih dadah.
- Bekas penagih dadah.
b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah
- Minum arak.
- Zina.
- Judi.
- Khalwat.
- Buang anak.
- Mengandung luar nikah.
- Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
- Sumbang mahram.
- Persetubuhan haram.
- Muncikari (ibu ayam).
- Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.
- Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 1995.
c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam
- Tidak solat.
- Tidak puasa.
- Buang anak.
- Usaha ingin bunuh diri.
- Hidup bersama pelacur.
d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang
- Pelacur.
- Lesbian.
- Mak Nyah (Transexual).
- Gay.
- Homoseksual.
- Gigolo.
- Biseksual.
- Pengkid.
- Tomboy.
- Bersedudukan dengan orang bukan Islam
e) Terbelenggu dengan kes juvana
- Gangster.
- Jenayah melibatkan harta benda.
- Pergaduhan yang nelibatkan kecederaan.
- Kes rompak.
- Pecah rumah.
- Kes rogol.
- Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya.
- Ugutan yang melibatkan keganasan.
f) Terbelenggu dengan penyakit kronik
- Penyakit HIV/AIDS.
- Kanser/barah.
- Tibi.
- Hepatitis.
- Dan lan-lain.
Manakala mereka yang termasuk dalam senarai Masalah Akidah adalah :
a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat
- Doktrin palsu.
- Mengaku menjadi nabi.
- Menghina Islam.
- Pemujaan salah.
- Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
b) Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong
- Orang yang ingin/berhasrat murtad
- Orang yang dalam proses Istitabah.
Berdasarkan info daripada laman web Mufti Selangor lagi, zakat ini diberikan bertujuan untuk ”membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam”.
Itulah serba sedikit maklumat mengenai asnaf al-riqab. Semoga bermanfaat.
10 GOLONGAN SONGSANG LAYAK TERIMA ZAKAT?KENYATAAN S.S DATO' SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR BERKAITAN ISU LESBIAN GAY BISEKSUAL TRANSGENDER (LGBT) Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT ini dianggap sebagai satu penyakit mental dan amatlah membimbangkan, kerana telah melawan fitrah. Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang- pasangan. Sebagaimana telah diciptakan oleh Allah S.W.T, lelaki pasangannya adalah perempuan. Begitu juga dengan haiwan, jantan pasangannya adalah betina, baik pasangannya jahat, cantik pasangannya ialah hodoh. Kesimpulannya, setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W T di muka bumi ini berpasang-pasangan. lni adalah fitrah setiap ciptaan Yang Maha Esa. Berdasarkan kepada Al Quran dan Hadith-hadith Rasulullah S.A.W hukum yang berkaitan dengan LGBT adalah jelas haram dan bertentangan dengan ajaran lslam. Melihat kepada impak negatif gejala ini dalam masyarakat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengambil inisiatif proaktif dengan memutuskan beberapa panduan hukum yang jelas bagi merungkai persoalan hukum berkaitan isu-isu LGBT di antaranya : 1. Hukum Perkahwinan Mak Nyah Dengan Lelaki Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 15 Jun 1993 memutuskan bahawa:"Perkahwinan mak nyah selepas ditukar jantina kepada perempuan adalah tidak sah, kerana ia pada hakikatnya adalah lelaki, di antara syarat-syarat sah kahwin mestilah keadaan isteri itu perempuan secara yakin. Perkahwinan mak nyah dengan lelaki dikira haram, kerana bertentangan dengan syariat lslam dan bid'ah."2. Hukum Menukar Jantina Mak Nyah Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 15 Jun 1 993 memutuskan bahawa: "Penukaran jantina mak nyah kepada perempuan melalui pembedahan adalah terang bertentangan dengan lslam kerana Allah S.W.T. melarang mengubah kejadiannya, sepertimana Firman Allah dalam Surah An Nisa, ayat 119". 3. Hukum Wanita Meyerupai Lelaki (Pengkid) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 18 Mac 2009 memutuskan bahawa: "Pengkid iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi lslam ". Berdasarkan keterangan ini, betapa pihak Jabatan Mufti telah mengambil daya usaha awal menetapkan hukum yang jelas bagi mendidik dan memandu masyarakat lslam khususnya dengan gejala ini. Apa yang menjadi harapan kami agar masyarakat lebih peka serta perlu lebih penuh keimanan dalam memahami dan melaksanakan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh para ulama, berautoriti dalam Negara kita ini. Kami juga menyarankan agar sesiapa sahaja perlu menghayati apa yang telah dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah An Nahl ayat ke 43 yang bermaksud : Bertanyalah kepada ahli zikir bila kamu tidak tahu". Peringkat Allah S.W.T. ini menegaskan agar kita senantiasa bertanya kepada orang yang berautoriti, yang lebih memahami sekiranya kita tidak mengetahui atau tidak mengetahui atau tidak ada ilmu berkaitan sesuatu isu. Atas neraca kebajikan dan kasih sayang dalam lslam, agar golongan ini tidak terpinggir dan merasa seolah di diskriminasi maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 14 Mei 2012 telah memutuskan Fatwa Jenis Penerima Asnaf Al Riqab Negeri Selangor dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Di dalam fatwa tersebut telah dinyatakan senarai jenis penerima agihan asnaf Al Riqab yang layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat, NGO lslam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum Syara' yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara lslam. Antara senarai penerimanya adalah golongan yang terbelenggu dengan gaya hidup sonsang iaitu: 1. Pelacur 2. Lesbian 3. Mak Nyah (Transexual ) 4. Gay 5. Homoseksual 6. Gigolo 7. Biseksual 8. Pengkid 9. Tomboy 10. Bersedudukan dengan orang bukan lslam Jabatan ini juga mengucapkan tahniah dan jutaan penghargaan kepada agensi agama lslam yang sangat komited dalam memperkasa penguatkuasaan pelaksanaan dan tindakan yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, no 3, Tahun 1995 iaitu di bawah Seksyen 10,27,28 dan 30. Ketegasan ini sudah pasti akan dapat membantu menyekat dari terus menerus gejala ini berlaku dan dalam langka panjang agar mampu mendidik masyarakat supaya meninggalkan tindakan-tindakan yang secara jelas dilarang dan dimurkai oleh Allah S.W.T dan dilaknat oleh baginda Rasulullah S.A.W.Adalah diharapkan, semoga kita senantiasa saling tegur menegur pada perkara kebenaran dengan penuh kesabaran. Sebarkan kasih sayang sesama muslim, hormatilah golongan para ulama'yang merupakan pewaris para nabi-nabi, agar kita layak mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T serta dijauhkan kita dari kemurkaan dan azab Allah S.W.T. Sekian, Wassalam. DATO'SETIA HAJI MOH AMYES BIN ABD. WAHID Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor Jabatan Mufti Negeri Selangor 3 September 2018 Shah Alam, SelangorSumber: Lembaga Zakat Selangor
Posted by Kisah Zakat Malaysia on Wednesday, 5 September 2018
Sumber : MUIP, Mufti Selangor, Lembaga Zakat Selangor