Siakap Keli
tiga jemaah haji meninggal
Kredit: Bernama

Tiga Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Tiga Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Tiga lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan kematian 19 orang setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kematian melibatkan jemaah dari Telok Panglima Garang, Selangor, Abd Wahab Yahaya, 63, yang menghembus nafas terakhir di Hotel Al-Mubarak, Shisha pada 4.50 petang semalam akibat serangan jantung.

Beliau berkata jemaah kedua dan ketiga yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung ialah Mohamed Jafri Yahya, 60, dari Tanah Rata, Pahang pada 7.39 malam semalam di Hospital Jiwar, Makkah dan Norizan Tarsi, 59, dari Butterworth, Pulau Pinang pada 6.45 pagi tadi di Abraj Al-Tayseer.

BACA: Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

“Pihak Tabung Haji telah menguruskan segala keperluan jenazah dengan sempurna mengikut hukum syarak, termasuk pengurusan pengebumian di Tanah Suci. Waris juga telah dimaklumkan dan dibimbing dengan penuh hikmah dan empati.

“Saya mewakili Kerajaan Malaysia dan seluruh warga agensi haji merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga semua Allahyarham. Semoga roh mereka dikurniakan keampunan, rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.