Siakap Keli

(Video) Sebak Tengok Nasib Anak Gelandangan Umur 15 Tahun Merempat Dengan Anak Baru Lahir

Ramai yang kadang-kadang lupa untuk mensyukuri nikmat Allah. Dilahirkan dalam keluarga yang senang dan mempunyai tempat berteduh walau tidak kaya seperti orang lain tetapi cukup keperluan asas. Malangnya ramai yang sering mengeluh. Cuba bayangkan mereka yang tidak bernasib baik di luar sana? Sebagai manusia, kita seharusnya belajar bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini.

Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini ternyata cukup membuatkan kami sebak. Bayangkan anak gadis di usia muda menjadi gelandangan bersama anak yang baru dilahirkan di jalan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana nasib anak-anak ini dan masa depan bayi yang langsung tidak bersalah. Bukan mereka minta ditakdirkan sebegini. Tugas kita membantu bukan menghukum.

Sedihnyaaa…sedang jalan di atas jejantas 11.30malam. Sekali jumpa beberapa anak remaja. Paling sayu sebak dan sayang tengok seorang anak dara kecil 15 tahun sedang pegang baby duduk bersila atas simen. Sejuk. Kecil jer orangnya..

Terkejut bila tanya baru dapat baby sebulan. Bersalin dekat bilik jer berdarah-darah dibantu seorang dua..sedihnya..terus air mata laju..tahu tak macam mana dia bersalin.

Apalah nasib mu anak..tak tahu nak cakap apa. Hilang patah perkataan. Cuma tinggal rasa sayang padanya. Cuma rasa sayang. Iyerlah tak semua orang nasib sama. Kadang jalan hidup mereka diuji begitu. Sedang anak kita selesa duduk di rumah. Ya Allah tuhanku..

Anak ini dalam pantang lagi sebulan. Pampers dan susu semua takde. Saya kata ya Allah terima kaseh jumpakan dengan anak ini malam ini. Terima kaseh Allah. Terima kaseh Allah.bila berbual terasa seperti anak saya di rumah. Wajahnya yang baik dan malu-malu.

Saya ajak mereka semua makan. Ada remaja lain di sana. Ada sepasang anak muda baru 17 tahun kecil badannya mengandung 5 bulan tidur di jambatan juga..Dalam pantang jauh juga berjalan. Dengan sejuk simen. Dengan lapar. Dengan persekitaran yang tak baik untuk anak..

Saya terus menangis rasa sebak. Dan sewa 2 bilik hotel untuk malam ini. Satu bilik lelaki. Dan satu bilik perempuan. Saya suruh bersihkan diri dan solat berjemaah sama-sama..

Akhirnya dah 2.30 pagi masa solat Isya saya dah tak tahan air mata. Saya menangis kuat-kuat dan peluk mereka semua..awak semua macam anak saya. Maafkan ustaz. Maafkan ustaz..mereka yang lelaki dakap saya. Kami semua menangis bersama-sama…

Doakan hari ini saya minta mereka pulang rumah mak ayah mereka. Tiada tempat terbaik bagi mereka melainkan keluarga mereka. Doakan..jika tidak insyaAllah saya akan sediakan tempat belajar dan tempat tinggal untuk anak ini dan baby nya..

Hari ini hari tangisan buat saya. Semalam tak tidur langsung terus flight ke Sandakan ceramah di OUM. Bidadari saya call menangis nangis dan kata abang bawa balik rumah jer..bidadari saya tak tidur tengok anak remaja ini..Pohon doa semua yer..

Sumber : Ebit Lew

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.