Siakap Keli

”Mengapa Gaji Minimum Tak Boleh Terlalu Tinggi?”, Baca Penjelasan Tun Mahathir

Keputusan kerajaan yang menetapkan gaji minimum baru pada kadar RM1,050 sebulan untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak rabu lalu telah menimbulkan pelbagai maklum balas ramai.

Tampil memberi penjelasan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penetapan itu dibuat bersandarkan kedudukan kewangan negara.

Menerusi satu portal berita, Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari hakikat bahawa pelbagai pihak menyuarakan supaya kadar itu ditetapkan pada RM1,800 dan RM1,500 sebulan.

Namun, ia tidak boleh dilaksanakan ketika ini kerana kerajaan berdepan situasi sukar membabitkan keutuhan kewangan negara.

Katanya, peruntukan yang sepatutnya ada digunakan untuk membayar hutang dan bunga yang berjumlah besar, disebabkan itu mereka tidak boleh meningkatkan perbelanjaan kerajaan (untuk penetapan gaji minimum dan menyalurkan subsidi).

Pada masa sama, apabila ingin bersaing dengan negara lain, kerajaan tidak boleh mentetapkan gaji minimum terlalu tinggi kerana negara boleh hilang kelebihan daya saing, katanya kepada sumber, hari ini.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.