Siakap Keli
KUALA NERUS, 15 Ogos -- Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berucap pada perasmian Persidangan Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia di TH& Convention Centre, hari ini. Pada majlis itu beliau turut menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 131 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pelbagai pangkat atas jasa mereka membanteras jenayah dan menjaga keamanan negara. -- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

PDRM Tidak Intip Akaun Media Sosial Keluarga Istana Johor – Mohamad Fuzi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak mengintip akaun media sosial anggota keluarga Sultan Johor.

​​Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM memberi jaminan kepada Istana Johor bahawa perkara itu tidak berlaku.

“Saya akan memohon perkenan ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor untuk menghadap bagi mengangkat maklum perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa bahawa media sosial milik beliau dan ayahandanya ‘diintip’ individu tertentu menggunakan teknologi buatan Israel.

Perkara itu didedahkan Tunku Ismail dalam laman Facebook rasmi beliau, HRH Crown Prince of Johor semalam yang turut mendakwa ramai tentera siber diletakkan dalam laman sosial milik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Tunku Ismail dilaporkan mendakwa alat berkenaan yang dimiliki kerajaan digunakan untuk tujuan pengintipan dan mengumpul data selain digunakan sebelum pilihan raya bagi membantu dalam perang siber.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.