Siakap Keli

(Video) Jambatan Taman Serdang Runtuh, Dua Individu Maut Tertimbus

ALOR SETAR: Dua lelaki maut apabila tertimbus dalam kejadian runtuhan jambatan berdekatan Taman Serdang di Serdang, Isnin lalu.

Menerusi kenyataan ringkasnya, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Barudin Wariso berkata kejadian berlaku kira-kira 10.15 malam membabitkan mangsa yang terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal.

“Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua mangsa warga tempatan itu tertimbus di bawah runtuhan berkenaan sebelum anggota bomba dari Balai Bomba Serdang digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.

Anggota penyelamat kemudiannya menemui motosikal dan topi keledar dipercayai milik mangsa.

Bagaimanapun mangsa pertama hanya ditemui pada 12.15 pagi tadi manakala mangsa kedua selang lima minit kemudian.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah dalam kenyataannya memaklumkan menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.27 malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomba Serdang dan jentera FRT digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian didapati terdapat sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 telah berada di bawah runtuhan jambatan di dalam kawasan taman dan dipercayai terdapat dua orang mangsa yang terlibat di bawah runtuhan jambatan tersebut.

“Ketua operasi membuat ‘size-up’ dan mengarahkan anggota melakukan pencarian di bawah runtuhan jambatan dengan membuat penggalian menggunakan cangkul bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus lebih kurang 0.3 meter,” menurut kenyataan itu.

Bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa berkenaan yang berusia 17 tahun sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi.

Sumber: BERNAMA, Azrem Wambit

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar