Siakap Keli

“Dia Terus Bagi ‘F’ Dekat Suami Dan Matikan Talian,” Wanita Bengang Tempah Bilik Lebih RM1,000 Tapi Bila Nak “Check In” Kena Maki

Percutian yang diharapkan indah bertukar menjadi pengalaman buruk apabila penginapan yang ditempah sebelum ini dimiliki pemilik ‘kaki maki’.  Menurut perkongsian, pemilik penginapan berkenaan berperilaku kasar terhadap pelanggan sehingga mengeluarkan kata-kata kesat ketika dihubungi.

Hal ini yang demikian membuatkan mereka terpaksa melaporkan kepada pusat tempahan hotel terlibat bagi memaklumkan etika pemilik penginapan terbabit.  Apa yang mengecewakan adalah segala bayaran telah dilunaskan tetapi kita sebagai pelanggan tak dapat memasuki premis penginapan terbabit, malah dimaki dengan pemiliknya.

via GIPHY

Perkongsian melalui laman Facebok wanita ini menceritakan pengalaman dengan harapan agar orang lain lebih berhati-hati selepas ini.  Semoga bermanfaat.

As-Salam. Saya nak berkongsi information ni pada semua fb friends supaya tidak ada orang lain dapat masalah yang sama. Percutian kali ni walau sangta2 pendek tapi ada masalahnya. Selalu cuti di negara orang, tak de pulak ada masalah mcm ni.
Saya cuma minta hati2 dgn makhluk dlm gambar ni ya. Tak pasti samada ini mmg muka dia atau muka org lain. Sbb tak pernah kenal.

Saya book apartment dia (Jazz S***) via b******.com sehari sebelum terbang ke Penang kerana apartment yg dah dibook sebelum ni tiba2 ownernya cancel tanpa sebab tp atas alasan dia salah tgk date booking (confirmation number semua dh dapat jugak). Lepas book apartment ‘Jazz S***’ ni, semuanya OK. Dapat email confirmkan dan pembayaran pun dah dibuat ke b******.com (saya cuba book few other hotels dan apartment tp semua fully booked). Jazz S*** ni kena bayar full dan tak boleh refund kalu kita cancel.

Ingat nak dpt bilik awal boleh rehat2 dan tidur sblm explore Penang. Pukul 2.50, husband cuba call dia (guna hp saya) dan jawapan sama mcm mula2 saya call tadi. ‘AWAK SAPA, AWAK SAPA?’ WhatsApp saja la! Husband cuba explain dia siapa tapi si mamat Jazz ni terus hang up! Saya pulak cuba call lagi. Masa tu pukul 3.05 dah. Dah mmg waktu check in dah. Dia tak jawab langsung! Few times call dia tak jawab2 jugak. Husband dah hilang sabar call b******.com terus. Luckily ada mat salleh yg menjawab dan husband citer semua what happen. Mat salleh di b******.com tu terkejut, customer dapat bad treatment mcm tu dan dia offer utk call sendiri mamat Jazz S**** ni. Few mins later, Mr Smi** ke apa ke nama ntah kat b******.com tu call kami semula dan cakap dia pun kena sergah dgn si mamat ‘Jazz Siut’ dan hang up call. And derang malu la customers dilayan mcm tu dan offer utk bookingkan kami apartment lain tanpa kami bayar extra cost kalu apartment baru nnt harga lebih mahal. So, he did n kami dpt new apartment.

Tapi, lepas tu mamat ‘Jz Siut’ ni later WhatsApp saya guna voice note dan suruh call dia! Aaaiii…kita customer, patut dia la call kita kan…tp x pe. Husband call dia, dia jawab. Husband tanya dia apa masalah dia tak nak jawab call kita earlier dan ckp kat mana boleh collect kunci sbb kita ‘guests’ dah penat dan nak rehat (masa ni dah pukul 4 lebih). Dia terus bagi ‘F’ word pada husband dan hang up!! Kuang ajar betul mamat tu. Apa benda la buat bisnes tapi tak de etika dan tak honour booking orang. Husband terus complain ke b******.com dan minta pihak b******.com amik action or review lagi peluang dia berbisness di situ. Duit dah bayar segala, dia buat hal pulak. Nasib baik b******.com kata derang belum masukkan duit tu ke acc ‘jazz siut’ tu.

Saya beritau ni bukan nak jatuhkan bisnes dia ya, tp cuma tak nak org lain jugak terkena mcm kami kena. (Pukul 6.40 baru dpt bilik kat tmpt lain). Lembik rasa badan kepenatan + traffic yg heavy kat Penang buat mood hilang betul lepas tu. Just hati2. Jgn la book Jazz S**** ni. X tau la mmg wujud ke tak apartment ni sbb lepas kami dpt new apartment, kami lalu depan building Jazz S**** ni. Kami tengok building tu masih dlm pembinaaan (x sure la kalu yg kat atas2 dh siap). Apapun just be careful. Pengajaran utk kami…book je la 3 bilik kat hotel kalu tak dpt apartment utk cater 6 org.

Nur Farra