Siakap Keli

Dua Pegawai Polis Digantung Kerja Gara-Gara Tak Kenal Bos Sendiri

Dua pegawai polis di Noida, India digantung kerja kerana didakwa tidak berdisiplin selepas mereka gagal mengenali kenderaan Ketua Polis Uttar Pradesh pada Rabu, kata para pegawai.

Ketua Pengarah Polis (DGP) OP Singh sedang dalam perjalanan untuk menghadiri pertemuan di New Delhi ketika dia melalui ibu kota, kata seorang pejabat polisi senior Gautam Budh Nagar.

“Kedua-dua pegawai polis tersebut ketika kejadian tidak memakai topi semasa bertugas.  Mereka juga gagal mengenali kenderaan Ketua Pengarah Polis serta memberi pendekatan bersahaja.  Mereka seharusnya lebih bersifat ‘rasmi’ dan berdisiplin.  Oleh itu, mereka digantung kerja.”

Pegawai terbabit dipercayai mulanya berbalah dengan Ketua Pengarah tersebut. Tapi, mereka mula terkejut apabila orang yang ditahan itu adalah Ketua Polis, Uttar Pradesh.

Sumber: NDTV

Nur Farra