Siakap Keli

Selepas Gempa, Wabak Malaria ‘Menyerang’ 10 Kampung Di Lombok

MATARAM: Selepas dilanda bencana alam, kini kira-kira 10 buah kampung di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB) diserang wabak malaria.

Sebelum ini, Kompas Tv melaporkan hanya dua kampung iaitu Desa Bukit Tinggi dan Desa Mekar Sari yang terkena wabak penyakit bawaan nyamuk itu.

Bagaimanapun, penyakit itu merebak secara meluas dan menyebabkan seramai 117 penduduk terjejas termasuk wanita mengandung dan bayi dijangkiti malaria, jelas Ketua Pejabat Kesihatan Lombok Barat.

Berikutan daripada peningkatan jumlah penghidap penyakit itu, Ketua Daerah Lombok Barat, Fauzan Khalid mempertimbangkan untuk menetapkan status kejadian luar biasa di kawasan terlibat.

Sementara itu, gemba bumi terus menggoncang wilayah NTB selepas kejadian gempa kuat yang berlaku sejak 29 Julai lalu.

Data diperoleh Badan Metereologi, Klimatologi dan Geologi (BMKG) menunjukkan gegaran 3.8 magnitud pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku pada jam 4.49 pagi (waktu tempatan).

Selasa lalu, gempa berkekuatan 5.3 skala Richter turut direkodkan, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Sumber- Kompas.com

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar