Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Mahu Projek Tebatan Banjir Di Kampung Melayu Subang Disegerakan

tebatan
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Projek tebatan banjir termasuk kerja pelebaran sungai dan pembinaan kolam tambahan di Kampung Melayu Subang serta kawasan sekitar perlu disegerakan bagi mengurangkan risiko kejadian banjir berulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek berkenaan diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan kawasan itu terus berdepan masalah banjir.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang yang terjejas akibat banjir dan ditempatkan di Dewan Siantan, petang semalam.

Menurutnya, lawatan itu dilakukan selepas beliau selesai menjalankan tugasan di Parlimen bagi bertanya khabar serta mendengar sendiri kesulitan yang dihadapi penduduk.

“Saya mengambil kesempatan bertanya khabar, mendengar sendiri kesulitan yang dihadapi serta melihat keadaan dan keperluan keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

“Saya turut berbincang dengan Menteri Besar Selangor dan wakil rakyat kawasan berhubung bantuan tambahan kepada keluarga terjejas,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mendoakan agar semua mangsa banjir diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan berkenaan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memastikan kebajikan serta keperluan penduduk yang terjejas terbela sepanjang tempoh sukar itu.

Intipati
  • Anwar mahu projek tebatan banjir Kampung Melayu Subang disegerakan untuk kurangkan risiko berulang.
  • Beliau menziarahi mangsa banjir di Dewan Siantan selepas selesai tugasan di Parlimen.
  • Anwar berbincang dengan Menteri Besar Selangor mengenai bantuan tambahan kepada keluarga terjejas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan