Siakap Keli

Tandatangan Di ‘Dokumen Bukti Derma’ Yang Didedahkan Najib Bukan Milik Raja Abdullah – Laporan

Beberapa dokumen yang dirujuk oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai “bukti” mengesahkan bahawa berbilion wang yang didepositkan ke dalam akaunnya adalah derma atau sumbangan yang diterima dari keluarga diraja Arab Saudi didakwa bukannya ditandatangani oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud seperti yang tertera di dalam dokumen.

Lapor The Edge Weekly, meskipun surat itu tertera tandangan ‘Saud Abdulaziz AL-Saud’, laporan itu mendakwa dokumen berkenaan sebenarnya disediakan dan ditandatangani oleh individu lain bernama Mohammad Abdullah Al Koman yang menjadi wakil kepada raja tersebut.

Menurut laporan, Abdullah sendiri mengaku memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia adalah orang yang menyediakan dan menandatangani surat-surat berkenaan bagi pihak raja.

Mohammad Abdullah dilaporkan tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung pemindahan wang kepada Najib kerana melibatkan “kepentingan keluarga diraja Arab Saudi”.

Tetapi, Mohammad Abdullah memberitahu pasukan penyiasat Malaysia bahawa mereka perlu percaya bahawa surat itu datang dari keluarga diraja Arab Saudi.

Laporan itu juga memetik sumber yang memberitahu, selepas perjumpaan dengan Mohammad Abdullah, penyiasat membuat kesimpulan bahawa tidak dapat mengesahkan wang yang dipindahkan dari Blackstone dan Tanore adalah hasil dari derma oleh Arab Saudi, kerana masih tidak jelas dan kekurangan dokumen bagi menyokong kenyataan itu.

Pada Isnin lalu, Najib telah mendedahkan beberapa dokumen yang berkaitan dengan dana yang disalurkan kepadanya.

Menerusi Facebook, beliau telah berkongsi tiga dokumen yang dikatakan dari Raja Abdullah, dengan salah satunya bertulis ‘Pengiktirafan Sumbangan kepada Dunia Islam’, bertarikh 1 Feb 2011. Dua dokumen lain adalah penyata transaksi kewangan bertarikh 24 Feb 2011 dan 25 Nov 2011.

Baca : Najib Akhirnya Dedah Dokumen Derma RM 2.6 Bilion Dari Arab Saudi

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di