Siakap Keli

Vivo V11, Ini Ciri Yang Menjadikan Ia Unik Berbanding Telefon Pintar Lain Di Pasaran.

2018 masih belum lagi menutup tirainya, tetapi setakat ini Vivo menjadi satu jenama yang paling diangkat-angkat dan paling inovatif tahun ini. Ya, Vivo sememangnya dikenali satu dunia apabila menjadi penaja rasmi Piala Dunia 2018 di Rusia sebelum ini, dilihat satu strategi pemasaran yang sangat bijak dalam usaha untuk membesarkan sayap mereka.

Animated GIF - Find & Share on GIPHY

Vivo yang sebelum ini dikenali sebagai pengeluar fon selfie, mula mengubah persepsi dan tanggapan kita apabila mereka mula memperkenalkan telefon pertama dengan rekaan skrin penuh, Vivo NEX dengan binaan kamera selfie tersembunyi (pop-up).

Kemudian mereka juga pengeluar pertama yang mengetengahkan fungsi pengimbas cap jari pada skrin yang mula diperkenalkan pada satu acara pameran CES yang lepas, juga dilihat satu lagi ciri yang akan memberi ruang kepada rekaan skrin penuh tanpa bingkai.

Vivo dilihat satu-satunya pengeluar yang betul-betul berusaha untuk membawakan inovasi baru kepada pengguna tahun ini. Lihat sahajalah bagaimana Apple sudah mula menunjukkan tanda-tanda putus asa dengan keluaran model baru iPhone Xs? XX-ray?

VIVO V11 PENERAJU MASA HADAPAN!

Baru-baru ini siri Vivo V11 pula diperkenalkan ke pasaran tempatan. Ianya hadir dengan binaan skrin penuh dengan rekaan takuk kecil seakan-akan titisan air (droplet) yang menjadikannya sebuah peranti dengan paparan skrin SUPER AMOLED yang luas, digelar sebagai Halo FullView, berukuran 6.41 inci pada 91.27% nisbah skrin.

Vivo V11 menjadi peranti pertama dalam siri V yang mempamerkan teknologi pengimbas cap jari mereka, menggunakan sepenuhnya peluang rekaan skrin penuh tanpa bingkai. Tiada lagi pengimbas jari fizikal didepan dan belakang peranti.

Rupa paras Vivo V11 nampak lebih kemas dan ringkas. Ianya turut menawarkan pengimbas wajah bersama sensor infrared untuk mengenalpasti 1,204 titik pada wajah pengguna, memberikan pengimbasan yang tangkas terutamanya dalam keadaan gelap.

Ianya dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera utama 12MPbersama bukaan lensa yang besar pada f/1.8 memastikan hasil gambar yang terang dan jelas dan satu lagi 5MP digunakan sebagai depth sensor.

Walaupun Vivo pada ketika ini dilihat seperti “abang-abang” dalam industry telefon pintar, namun mereka tidak melupakan asal-usul mereka, fon selfie. Vivo V11 dimuatkan dengan kamera selfie 25MP. Kedua-dua kamera depan dan belakang turut dibantu oleh fungsi AI dalam memastikan setiap detik indah dapat dirakam dengan sempurna.

Vivo V11 dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 660AIE dan RAM 6GB, bateri bersaiz 3,400 mAh bersama storan dalaman 128GB. Ianya beroperasi dengan FunTouch OS 4.5 (Android 8.1) dibantu oleh AI bernama Jovi yang akan membantu untuk menguruskan setiap operasi memori dan CPU untuk memastikan peranti berjalan dengan lancar.

Model “adik”, V11i pula membawakan skrin IPS FHD+ 6.3 inci dipacu dengan cip Helio P60, ruang storan 128GB, RAM 4Gb, sensor pengimbas cap jari dibelakang, dwi lensa belakang 16MP dan 5Mp, kamera selfie 25MP dan bateri 3315 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dual Engine Fast Charging. Ianya dipasarkan pada harga RM1,299 manakala V11 pula pada RM1,699.

Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think