Siakap Keli

PM Kecewa Dan Tegur Peminjam PTPTN Tidak Bayar Hutang, Jumlah Terkini Hampir RM36 Bilion

Semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang enggan membayar hutang menyebabkan jumlah hutang tertunggak kini menjadi sebanyak RM36 bilion.

Menerusi satu laporan media tempatan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur sikap tidak jujur semua peminjam berkenaan yang tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila mereka diamanahkan dengan sesuatu hingga menyebabkan jumlah hutang terkumpul menjadi tinggi.

Menurut Tun Mahathir, kerajaan memberikan peluang pendidikan kepada rakyat dengan memberikan mereka biasiswa, memberikan pinjaman untuk membiayai pelajaran di universiti di dalam mahupun luar negara dengan harapan supaya rakyat dapat memperoleh pendapatan yang lebih baik sekaligus meningkatkan taraf hidup.

Tetapi malangnya, apabila mereka sudah menamatkan pembelajaran, mempunyai pendapatan serta mampu membayar semula hutang, mereka sengaja enggan membayarnya. Katanya, beliau merasa malu dengan perkara tersebut sebaliknya peminjam tidak.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.