Siakap Keli

”Bayi Itu Anak Aku, Pulangkan Semula,” Pengalaman Seram ‘Berebut’ Anak Dengan Makhluk Halus Selepas Pulang Dari Air Terjun

Seorang wanita berkongsi pengalaman yang menakutkan apabila anak perempuannya yang masih kecil menjadi mangsa gangguan mahluk halus. Mereka sekeluarga dikatakan pergi berkelah dan mandi-manda di sebuah air terjun.

Tetapi setelah pulang ke rumah, sesuatu yang aneh berlaku apabila anaknya tiba-tiba jatuh sakit dan kelihatan ‘lain’ dari sebelumnya. Rupa-rupanya, mereka sekeluarga dikatakan membawa pulang ‘sesuatu’ milik makhluk tersebut di kawasan perkelahan itu iaitu anaknya. Memang seram, anda bacalah sendiri!

Pulangkan, DIA ANAK KU (SERAM)

Gambar : Rawda Dinara

Pagi semalam family kak ida pi mandi air terjun di Kedah. Serius kak ida jarang pi tempat macam tu.memang dah lama tak pi.. bila dok bincang nak berkelah..kak ida join la dan memang siap siap celak kan anak-anak kak ida.

Masa mandi..bagi #RawdaDinara mandi sekali. Dia menangis sebab sejuk so letak dia kat atas darat dan bagi dia layan abang abang dan sepupu2 dia mandi.. kami enjoy berkelah makan nasi mandi sama sama tak ada apa. Masa naik atas nak salin baju rawda. Mak kak ida kata awat biru rawda ni… kami ingat dia sejuk sampai biru..dia senyap ja maaa tu, tak nangis..

Pastu naik dalam kereta, tetiba dia panas dan merengek.. kak ida bagi susu dan dia tidur. Maybe air sejuk tak sesuai dengan dia sampai demam tetiba.. so balik tu kak ida pon penat ..tidur la dengan dia.. petang sikit dia bangun.. dia menangis tak henti-henti. Tutup mata… tak mau dok dalam bilik.. kena berdukung jaa…

Tak apa lah.. benda ni berlarut sampai malam… kak ipar kak ida ni badan jenis lemah..cepat lah terasuk.. benda yang dari air terjun tu marah sebab kata kami ada ambil barang dia.. kami tanya lah ambil apa… dia suruh pulangkan pulangkan.. padahal tak ambil apa-apa pon.. rupanya dia nak rawda.. dia kata rawda tu anak dia..

”Bayi perempuan itu anak aku… pulangkan,’‘ kak ida bengang lah.. Aku beranak penat penat hang mengaku anak hang.. ingat aku nak bagi ka.. benda tu marah kak ida… kata kak ida EGO.. memang bukan setakat EGO.. KERAS KEPALA SEKALI LAH.. dah anak kak ida.

Dia dok pujuk kak ida bagi RAWDA kat dia.. memang TAK LAHH.. Dia nak sangat sangat rawda.. sebab anak dia dah mati. D ia kata dia nak kacau rawda..dia kata lagi nyawa rawda separuh dah tu.. kak ida marah dia.. nyawa anak aku Allah ja boleh ambil . Hang tak ada hak.. aku tak takut dengan hang.. aku percaya Allah ja.. sampai pukul 4 pagi baru settle .

Rawda masa tu ketar badan.. biru jadi badan dia dan mulut dia.. last-last masa berubat tu berjaya bunuh benda tu… dan rawda masih demam-demam.. semoga tak ada apa-apa lagi la… serik dah..

Sebenarnya kak ida dah lama tak pi tempat gitu sejak ada abang-abang dia lagi.. tapi yang ni tak sangka nak jadi.. sebab tak terfikir pon.. Allah serik sungguh… kak ida dah celakkan rawda ..dia berkenan jugaa.. tak leh bayang macamana biru badan dia.. uiii dah nak dapat anak pon bukan senang.. pompuan sorang ni ja.

Sungguh serik.. maafkan kak ida sebab tak jadi ibu terbaik.. kak ida share sini supaya ramai lagi ibu-ibu lebih berhati-hati dari kak ida. Jangan kecam.. kak ida dah lut dengan kecam ni.. cuma sebagai pengajaran bukan kat kak ida sorang.. untuk semua jugaa.. sebab kita manusia tak lari dari kesilapan..

Dalam gambar ni, kalau jenis boleh nampak..ada macam perempuan di sebalik pokok sebelah kiri… bayangan hitam… Rawda tu yang dalam bulatan merah.

#eidahidayatihassan
Moms to 3 kids

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.