Siakap Keli

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Buat Hal Lagi, Bakal Perkenalkan Lebih 20 Jenama Baru Serta Diskaun Sehingga 80% Hujung Bulan Ini

Sebut sahaja nama Mitsui Outlet Park pasti semua kaki ‘shopping’ teruja mendengarnya. Mana tidaknya, Mitsui Outlet Park satu-satunya pusat membeli belah yang menghimpunkan lebih 50 jenama terkenal seluruh dunia di bawah satu bumbung. Antaranya, jenama sukan seperti NikeAdidas dan New Balance, jenama fashion lelaki dan perempuan seperti PadiniVoir dan Poney, juga tidak lupa permainan kanak-kanak seperti Toy World dan kedai fashion kanak-kanak seperti Cotton On Kids. Tambahan pula, di Mitsui Outlet Park ini sentiasa menawarkan diskaun tak masuk akal untuk para pelanggan menikmatinya. 

Lokasi strategik yang hanya terletak 60km sahaja dari bandar Kuala Lumpur dan memerlukan masa 5 hingga 8 minit sahaja dari KLIA dan KLIA2 menjadikan Mitsui Outlet Park sebuah pusat membeli-belah tumpuan warga tempatan dan juga para pelancong terutama sekali pada hujung minggu. 

Setiap bulan ada sahaja tawaran istimewa yang ditawarkan oleh jenama-jenama terkenal yang ada di Mitsui Outlet Park. Tidak ketinggalan juga untuk bulan September ini. Pada 28 September 2018, MOP akan membawa masuk lebih 20 lagi jenama baru yang akan menambah seri pusat membeli-belah itu.

Jika ada jenama baru yang masuk, sudah pasti akan ada jualan murah yang ditawarkan betul tak? Ya, sempena pembukaan itu nanti Mitsui Outlet park menawarkan diskaun sehingga 80 peratus sebagai buah tangan MOP buat pelanggan mereka. Selain itu juga, pelbagai aktiviti serta hadiah menarik yang menanti para pelanggan setia MOP.

Para pelanggan berpeluang untuk menebus baucer tunai dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM200 dengan maksimum 2 resit pembelian bermula dari 28 September sehingga 30 September 2018 dan tawaran ini akan bersambung pada 6, 7, 13, 14, 20 dan 21 Oktober 2018. Selain itu juga, dengan berbelanja minimum RM300 dengan 2 resit untuk menebus RM30 kad Petron Miles.

Bagi peminat barangan sukan dan fashion pula, anda hanya perlu berbelanja di dua outlet store sukan atau fashion yang berbeza untuk menebus baucer ‘Food and Beverage’ bernilai RM10. Anda peminat Sufian Suhaimi dan Stacy? Inilah masanya untuk anda beramah mesra bersama selebriti kesayangan anda pada 29 dan 30 September 2018, pada jam 3 sehingga 4 petang di  Sunshine Square.

Jadi tunggu apa lagi. Ajak kawan-kawan, saudara-mara, suami dan isteri serbu Mitsui Outlet Park hujung bulan ini. Kalau bukan sekarang bila lagi nak shopping di Mitsui Outlet Park. Sekali dah datang mesti nak datang lagi.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)