Siakap Keli

Bina Tembok Depan Rumah Kerana Tak Puas Hati Dengan Jiran

Satu keluarga di Desa Sudimoro, Jawa Timur terpaksa menanggung derita untuk keluar daripada rumah apabila terpaksa memanjat sebuah tembok yang dibina oleh jiran yang tidak berpuas hati.

Keadaan yang terpaksa dilalui oleh keluarga Siti Khodijah itu setiap hari sudah berlarutan sejak Februari lalu lagi. Tembok berkenaan yang dibina bertentangan dengan pintu rumah mereka menyebabkan mereka terpaksa memanjat tembok itu untuk keluar daripada rumah, dan lebih menyusahkan apabila mereka mahu membawa masuk ke dalam rumah.

Menurut laporan berita Kompas.com, Khodijah sebelum ini memberitahu bahawa jirannya yang bertanggungjawab membina tembok berkenaan, Seger bertindak demikian mungkin kerana rasa tidak puas hati. Malah, Khodijah juga memaklumkan bahawa mereka sebelum ini pernah bertengkar.

Ujar Khodijah perbalahan berlaku apabila Seger dikatakan tidak berpuas hati dengan air basuhan kenderaan daripada rumah Khodijah yang mengalir hingga memasuki ke halaman rumahnya. Menurut Khodijah, dia menyangka pertengkaran kecil tersebut sudah pun selesai.

Seger pula yang ditemui oleh wartawan memberitahu bahawa dia sememangnya membina tembok berkenaan kerana tidak tahan dengan gelagat-gelagat jirannya yang sangat menyakitkan hati.

Ketika ini, kedua-dua pihak dikatakan dalam proses untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan bantuan pihak berkuasa.

Sumber : Kompas.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.