Siakap Keli
Sumber: Google

Rakyat Malaysia Berisiko Menghidapi Kanser Hidung? Lihat Tanda-Tanda Awal Bagi Penghidap Penyakit Ini

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita jaguh badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang disahkan menghidap barah hidung peringkat awal.

Susulan berita itu, Pengerusi Persatuan Kanser Kebangsaaan Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Datu Seri Dr.T Devaraj mengulas lebih lanjut dan mengatakan barah tidak lagi perlu dianggap sebagai hukuman mati kerana pada masa kini terdapat kaedah untuk mengurangkan penderitaan serta meningkatkan kadar survival dan kualiti hidup penghidap.

Menurutnya juga, penghidap penyakit ini memiliki peluang 80 hingga 90 peratus untuk sembuh sekiranya dapat dikeasan awal selain ada 30 hingga 50 peratus barah dicegah melalui amalan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, sekiranya terdapat tanda-tanda awal menghidapi penyakit ini, anda disarankan segera bertemu doktor pakar untuk rawatan lanjut.

Entri kali ini akan berkongsi penulisan Dr Ezairy M.Sallih yang menerangkan tentang kanser hidung dan ciri-ciri penghidapnya.

Semoga bermanfaat kepada semua.

 

KANSER HIDUNG – BAHAYA RAKYAT MALAYSIA

Seorang pesakit muda masuk ke bilik konsultasi saya. Lelaki berbangsa cina ini nampak risau.

“Doktor, saya risau masalah pada hidung saya..”

Sedari mula saya perhati beliau nampak bimbang dengan masalah yang sedang dialami.

Simptomnya hanya sukar untuk bernafas, terasa sempit pada rongga hidung, itu sahaja. Pendengaran beliau normal, tiada masalah pada tekak dan tiada juga pendarahan dari hidung.

“Saya dah masukkan skop dan kamera dalam hidung. Hasil pemeriksaan, saya berpuas hati. Ia hanya masalah resdung biasa. Tak perlu risau,” ujar saya.

“Saya bimbang, doktor. Sekarang orang sihat pun boleh dapat macam-macam penyakit. Saya risau ini ada kaitan kanser atau apa-apa masalah lain.”

Bagus pemuda ini. Beliau terus dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Risau jika ada apa-apa penyakit di luar pengetahuan beliau.

Anda tahu bagaimana kanser hidung berlaku? Apa tanda-tanda awal?

Nasopharyngeal cancer (NPC) merupakan sejenis kanser yang berlaku di bahagian belakang hidung, atas tekak dan boleh mengganggu juga pendengaran pesakit.

Rakyat negara kita juga berisiko untuk alami kanser ini. Bangsa cina lebih-lebih lagi.

Lihat ciri-ciri seperti di bawah:

1. Pembengkakan atau biji pada kawasan leher.

2. Hidung tersumbat atau berlaku pendarahan pada sebelah bahagian hidung sahaja.

3. Masalah pendengaran pada sebelah bahagian sahaja.

4. Di negara kita, tinggi kekerapan berlaku di kalangan masyarakat cina dan bidayuh.

Boleh rujuk artikel: http://cebp.aacrjournals.org/content/13/3/482

5. Lebih tinggi risiko jika mempunyai sejarah keluarga kanser hidung.

Jika anda ada tanda-tanda seperti di atas, jangan teragak-agak untuk lakukan pemeriksaan doktor. Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Lihat pada gambar bagaimana struktur kanser yang terletak di bahagian belakang hidung boleh mengakibatkan masalah pada telinga dan juga hidung.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar