Siakap Keli
Gambar Hiasan

3 Jenis Pronasi Kaki Yang Wajib Anda Tahu Untuk Keselesaan Kehidupan Seharian

Kita selalu lepas pandang tentang diri kita terutamanya di bahagian kaki. Tahukah anda kaki kita mempunyai pelbagai jenis dan berbeza antara satu sama lain? YA, kita mempunyai perbezaan pergerakan telapak kaki.

Tubuh manusia dibentuk dan dilengkapi dengan pelbagai bahagian dari kepala hingga ke kaki. Semua bahagian tubuh mempunyai fungsi yang berbeza dan sama pentingnya dalam menjalani kehidupan seharian khasnya kaki kita.

Kaki dapat berjalan dan berdiri untuk menyokong tubuh seseorang yang beratnya tidak ringan. Oleh itu, kaki sangat penting untuk mengekalkan kesihatannya.  Bukan kaki kita yang menyokong pergerakan tetapi beberapa anatomi yang memainkan peranan penting, salah satunya ialah pronasi kaki.

Pronasi kaki bermaksud cara kaki memulakan gerakan secara semulajadi.  Seperti yang kita tahu, semua kaki kita mempunyai perbezaan bentuk dan itu yang di gelar sebagai pronasi kaki (pronation).

Artikel ini dikhaskan untuk anda mengetahui bentuk pronasi dan memudahkan  anda memilih kasut yang sesuai untuk keselesaan ketika berjalan.

Apabila kaki kita tidak mempunyai sokongan lengkung, secara tidaknya badan kita boleh mula mengalami masalah. Bahagian lengkung tersebut yang kita tahu sekarang menjadi sangat penting. Masalah ini boleh bermula dengan ringan, tetapi akibatnya boleh menjadi teruk. Berikut adalah beberapa masalah biasa yang boleh menjejaskan kaki anda:
Pemilihan kasut yang sesuai untuk pronasi kita akan menyebabkan badan kita tidak sakit dan selesa sewaktu berjalan.

  • Excessive Supination Jika lengkungan anda terlalu tinggi atau lebih disokong dipanggil sebagai “supinasi tinggi”. Orang seperti ini mempunyai masalah memakai kasut yang terlalu ketat kerana ia menghasilkan tekanan di atas kaki dan bola kaki. Supinasi yang tinggi hanya berlaku dalam 3 peratus penduduk dunia.
  • Excessive Pronation Keadaan yang lebih umum dipanggil “pronation yang tinggi,” yang bermaksud lengkungan sebenar yang rapat ke lantai atau serata. Berdiri dan buatkan kaki anda dalam keadaan rapat antara satu sama lain. Tekanan bergerak melalui tulang belakang ke bahu, leher dan kepala. Terdapat banyak keadaan yang boleh kita kaitkan dengan sakit kaki termasuklah bengkak pada ibu jari kaki, kulit keras bawah tapak kaki akan terasa sakit dan berlubang.
Sumber : Google

Proses pronasi mempunyai peranan yang sangat penting bagi membantu kaki dalam menyerap impak hentakan dan membantu dalam proses anjakan oleh tapak kaki dari tumit hingga bahagian depan tapak kaki untuk bergerak ke hadapan.

Walaupun pronasi ini adalah proses semulajadi pada kaki, ia adalah dipengaruhi oleh bentuk lengkungan (arch) tapak kaki iaitu Normal, Lengkungan Tinggi (High Arch) dan Tapak Kaki Rata (Flat Foot).

Sumber : Google

Faktor-faktor yang mempengaruhi kaki anda (Lebih Baik atau Lebih Teruk)

  • Genetik

Jangan salahkan genetik kita jika anda merupakan excessive pronation atau tapak kaki yang rata dalam keluarga anda. Ibu bapa akan mempengaruhi anak. Jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tapak yang rata atau gagal melenkung, anak mereka berkemungkinan ikut dalam peratusan rendah.

  • Permukaan

Konkrit atau batu adalah permukaan yang paling teruk untuk kaki. Umumnya permukaannya lebih keras, lebih banyak tekanan pada lengkungan. Lumpur, trek getah, permaidani dan rumput adalah permukaan yang lebih lembut dan membantu mengurangkan tekanan pada kaki.

  • Jenis kasut

Pilih kasut yang mempunyai sokongan lengkungan dalaman. Kesemua kasut di reka berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang penting untuk keselesaan kaki anda mengikut pronasi masing-masing.

Dengan mengenali jenis pronasi kaki, kita dapat menyesuaikan kedudukan tubuh ketika berjalan atau berjalan sehingga tubuh menjadi tidak mudah letih. Selain itu, pronasi kaki juga perlu diketahui agar terhindar dari kecederaan fatal semisal tanpa sengaja kita melanggar batu atau benda keras lainnya ketika sedang berjalan.

 

 

Sumber:

  1. https://doktersehat.com/pronasi-kaki/
  2. https://doctoryessis.com/2013/12/07/supination-pronation/
  3. https://www.toyourhealth.com/mpacms/tyh/article.php?id=1351&pagenumber=2
  4. https://www.jomkitalari.com/mengenali-jenis-pronasi-kaki/

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang