Siakap Keli
Gambar : Bernama

Saya Dah Pesan Kat Anak Jangan Pergi Tempat Tu – Bapa Remaja Lemas

Tragedi enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang tergelincir di lombong Taman Putra Perdana, Puchong menggemparkan negara semalam.

Menerusi satu portal berita tempatan, Mohd Azzam Naim, 46, bapa kepada remaja 17 tahun berkenaan, Mohd Ilham Fahmy, telah memberi pesanan kepada anaknya untuk tidak pergi ke lombong tersebut berikutan cuaca yang tidak menentu sejak semalam.

Sebelum itu, anaknya ada memberitahu bahawa rakannya akan datang ke rumah. Tetapi mereka dikatakan tidak pergi memancing di situ kerana anaknya bersama dua rakan tidak membawa joran.

Dia yang berada di tempat kerja, hanya mengetahui kejadian yang menimpanya anaknya itu setelah dimaklumkan kira-kira jam 4.45 petang.

Jelas Azam, berdasarkan perbualan dengan dua rakan Ilham yang terselamat, mereka memberitahu anaknya itu tergelincir berhampiran pintu kunci air dan gagal diselamatkan ketika arus deras.

Rakannya yang panik, cuba menyelamatkan Ilham dengan menariknya keluar tetapi usaha itu gagal dan terus memberitahu kejadian yang berlaku kepada anak sulungnya yang kebetulan berada di kawasan berhampiran.

Keenam-enam anggota yang maut semalam, berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan meninggal dunia.

Operasi mencari dan menyelamat maat remaja yang dipercayai lemas disambung pagi ini.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.