Siakap Keli
Gambar : Google

”Takut, Bunyi Meletup Sampai Tingkap Bilik Bergegar,” Gegaran Misteri Di Ipoh Cetus Tanda Tanya Ramai

Penduduk di sekitar Ipoh di sini gempar apabila mereka mendengar bunyi letupan kuat sehingga merasai gegaran selama beberapa saat, sebentar tadi.

Letupan dan gegaran tersebut menimbulkan pertanyaan ramai hingga pelbagai dakwaan tersebar di laman sosial.

Menerusi satu status yang dimuat naik di facebook, beberapa netizen memberitahu gegaran tersebut ekoran proses pemecahan batu di kawasan kuari di Simpang Pulai. Tetapi, ada yang menyangkal kerana kawasan jauh dari kuari tersebut turut merasai gegaran yang sama.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan diterima daripada pihak berkuasa namun menurut satu portal berita tempatan, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sedang menjalankan siasatan lanjut.

Tiba-tiba bunyi meletup sampai tingkap bilik bergegar. Seram!

Meremang bulu roma dengar bunyi kuat tadi.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.